tiada masalah kewangan jangan klik!

Monday, August 2, 2010

ramadhan di nanti

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat di nantikan oleh umat islam yang beriman kerana ianya mempunyai banyak kelebihan di dalamnya. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat serta melatih diri kepada Allah sepanjang Ramadhan.

Kita lihat sedikit kelebihan yang ada pada bulan sya’ban bagi melatih diri memasuki ramadhan ini. Terdapat suatu amalan yang dapat dilakukan di bulan ini iaitu amalan puasa. Bahkan Rasulullah sendiri banyak berpuasa ketika bulan Sya'ban berbanding bulan-bulan lain selain puasa wajib di bulan Ramadhan.

Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban. Diriwayatkan oleh imam Bukhari. Ada persoalan disini mengatakan, Kenapa Rasulullah tidak berpuasa penuh pada bulan Sya'ban? Rasulullah tidak menyempurnakan berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan agar tidak disangka puasa selain Ramadhan adalah wajib maka itulah jawapannya.

Di antara rahsia kenapa Rasulullah banyak berpuasa di bulan Sya'ban adalah kerana puasa Sya'ban adalah ibarat ibadah rawatib (ibadah sunnah yang mengiringi ibadah wajib). Sebagaimana solat rawatib adalah solat yang memiliki keutamaan kerana dia mengiringi solat wajib, sebelum atau sesudahnya, demikianlah puasa Sya'ban. Ini kerana puasa di bulan Sya'ban sangat dekat dengan puasa Ramadhan, maka puasa tersebut memiliki keutamaan. Dan puasa ini boleh menyempurnakan puasa wajib di bulan Ramadhan ini kerana di atas latihannya. Puasa di bulan Sya'ban adalah sebagai latihan atau pemanasan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Jika seseorang sudah terbiasa berpuasa sebelum puasa Ramadhan, tentu dia akan lebih kuat dan lebih bersemangat untuk melakukan puasa wajib di bulan Ramadhan.






Selain daripada berpuasa juga digalakan kita melakukan amalan-amalan sunat yang lain seperti Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha. Memperbanyak zikir dan berdoa kepada Allah. Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Maka rebutlah peluang untuk beribadah dengan kelebihan yang diberikan ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah seperti banyakkan solat sunat diwaktu malam, bersedekah, dan berselawat kepada Rasulullah.

Puasa bulan Ramadhan adalah rukun islam yang perlu kita laksanakan. Banyak kelebihan yang Allah turunkan pada bulan ini jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain. Dikatakan bahawa, bila tiba sahaja bulan Ramadhan jin dan syaitan yang derhaka akan diikat, pintu neraka akan di tutup dan pintu syurga akan dibuka seluasnya untuk menerima amalan-amalan baik yang di lakukan oleh orang beriman. Begitu hebatnya bulan ramadhan ini yang boleh kita gambarkan.

Antara keistemewaan puasa adalah Allah mengandakan pahala orang yang berpuasa melebihi amalan lain. Bagi orang berpuasa mereka akan mendapat dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika menikmati juadah berbuka dan kegembiraan ketika menemui Allah. Dikatakan mulut orang yang berpuasa lebih wangi dari bau kasturi. Ganjaran yang diberikan di akhirat tentunya lebih besar dari di dunia.

Puas bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum sahaja. Perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah juga perlulah di hindar dari melakukanya agar tidak mencacatkan pahala puasa kita. Rugilah kita jika seharian berpuasa tidak mendapat keberkatan dari Allah hanyalah penat dan dahaga sahaja.


Memelihara lidah dari berbicara perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah serta menyinggung hati orang lain. Ada pepatah mengatakan bahawa lidah itu umpama pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu..Lebih banyakkan berdiam diri atau memperbanyakkan zikir dan membaca Al-Quran itu yang sangat di tuntut oleh syariat. Allah berfirman dalam surah Al-hujurat ayat 12 Maksudnya : Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain, adakah antara kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati?, nescaya kamu tidak menyukainya..

Berbuka dengan tidak berlebihan sehingga perut penuh. Ini kerana Allah tidak menyukai dan membenci bekas yang penuh iaitu perut yang penuh. Dia tidak mampu mematahkan nafsunya ketika berbuka malah seolah-olah membalas semula apa yang terlepas ketika berpuasa di siang hari. Rasulullah menganjurkan kita supaya berbuka dengan kurma. Dari Anas bin Malik berkata: “Rasulullah SAW biasa berbuka dengan ruthab (kurma muda) sebelum solat, jika tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan kurma, jika tidak ada kurma, beliau minum dengan satu tegukan air.” Oleh itu semasa berbuka, eloklah memakan makanan yang mudah di hadam,mengandungi banyak serat dalam kadar yang sederhana. Malah sewaktu bulan puasa inilah peluang kita untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan harian daripada berlakunya permbaziran. Bersederhanalah ketika berbuka puasa ataupun bersahur. Janganlah di ikutkan selera nafsu sahaja ketika berkunjung ke bazaar Ramadhan.







Seorang yang berpuasa hendaklah seorang muslim tidak sah puasa orang kafir kerana puasa adalah ibadah dan orang kafir bukan ahli ibadah. Selain itu, baligh, berakal, berkeupayaan dan bersih dari haid dan nifas adalah juga rukun kepada puasa. Puasa tidak wajib kepada kanak-kanak kerana tidak baligh akan tetapi digalakan kepadanya berpuasa bagi melatih diri mereka. Tiada paksaan kepada mereka bagi mengelakan kemudaratan ke atas dirinya.

Islam juga memberi kelonggaran kepada umatnya yang bermusafir jauh berbuka puasanya ditakuti di timpa mudarat. Sekiranya tidak memudaratkan lebih baik diteruskan berpuasa supaya tidak perlu menggantikanya kelak ini kerana menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada bulan ramadhan adalah wajib. Kelonggaran juga diberikan kepada orang sakit dan ibu mengandung bagi menjaga kandunganya. Inilah keindahan islam itu sendiri mempermudahkan umatnya mengamalkan ajarannya.

Ramadhan mempunyai kelebihan di sepuluh malam terakhirnya iaitu Lailatul Qadar yang tidak diketahui bilakah malam tersebut. Rasulullah sendiri memperbanyakkan amalam ibadah pada sepuluh malam terakhir bagi mendapatkan berkat dan merebut keistemewaan malam tersebut dengan menghidupkan malam dengan ibadah bersama dengan keluarganya. Firman Allah dalam surah Al-Qadar ayat 3 bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan”. Pada malam tersebut para malaikat akan turun bersama-sama rahmat Allah bagi memuliakanya. Bagi umat islam yang menghidupkan malam itu dengan rasa keimanan maka Allah akan mengampukan dosa hambanya itu. Oleh itu,penulis mengajak semua umat islam memanfaatkan sepuluh malam terakhir yang penuh dengan berkat ini dengan amalan zikir dan ibadah lain serta berdoa kepadanya.

Di dalam bulan Ramadhan ini juga ada satu tanggungjawab yang wajib kita laksanakan bagi melengkapkan puasa kita iaitu membayar zakat fitrah. Membayar zakat juga adalah salah satu rukun islam yang perlu dilaksanakan sebagai umat islam. Zakat fitrah boleh di bayar bermula dari awal Ramadhan sunat hukumnya membayar selepas fajar Hari Raya Pertama hingga waktu solat Hari Raya. Ianya tidak dikira sebagai zakat fitrah sebaliknya hanyalah sedekah sekiranya dibayar selepas solat Hari Raya dan hukumnya makruh. Jatuhnya hukum haram pula sekiranya dibayar zakat itu selepas berakhirnya Hari Raya Pertama. Amatlah rugi jika kita tidak mengawalkan membayar zakat kerana ditakuti terlupa untuk membayarnya.





Setiap ibadah sudah tentu mempunyai cabaran dan halangan. Ini kerana terdapatnya ganggu gugat daripada syaitan dan lain-lain supaya ibadah tersebut batal atau tidak diberi pahala di sisi Allah s.w.t . Justeru janganlah jadikan ibadah anda menjadi sia‐sia dan perlu tahu matlamat sesuatu ibadah itu di wajibkan dan hikmahnya. Dengan itu barulah kita mengalu-alukan kedatangan Bulan Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan bersemangat bagi melaksanakannya. Dari sudut kesihatan juga mempunyai banyak kelebihan jika kita berpuasa.


Dari sudut kesihatan puasa boleh menurunkan berat badan atau obses dengan cara sihat. Mengawal kandungan gula dengan lebih baik dan merehatkan seketika perut dari penghadaman. Ianya juga boleh mendisiplinkan diri supaya berhenti merokok. Di siang harinya perokok meninggalkan rokok kerana berpuasa manakala malam pula sibukkan diri dengan amalan ibadah solat tarawih.

Hikmah dan Kelebihan puasa ialah:
i. Menyedarkan kita bahawa setiap pergerakan kita di perhatikan oleh Allah untuk di timbang ketika hari kiamat kelak
ii. Puasa memberi Kesegar kepada fizikal dan mental seseorang
iii. Puasa merehatkan seketika perut dari penghadaman makanan dan toksik
iv. Kekenyangan yang berlebihan mendidik menjadi malas bekerja dan jiwa akan menjadi keras.
v. Menyuburkan perasaan kasih sayang dan menanam sifat perihatin dalam diri terhadap orang yang susah.
Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. Ganjaran yang menunggu kepada orang berpuasa tentunya lebih besar di akhirat.
Sabda Rasulullah:
Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Saturday, July 31, 2010


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Wednesday, July 21, 2010

Lidah & Pedang



Bercakap tentang lidah... Semua org tahu tentangnya. Sungguh besar nikmat lidah yg diberikan oleh ALLAH utk kita. Dengannya dpt kita membezakan antara Islam dgn Kafir. Memang tdk dinafikan bahawa lidah ada kebaikannya dan tdk dinafikan juga bahawa lidah ada keburukannya.


Seperti yg kita maklum, banyak ayat Al-Qur'an, Hadis nabi S.A.W, pepatah Arab dan pepatah Melayu berkenaan dgn lidah, antaranya...

قال الله تعالى : ( ولا يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتمواه ) الحجرات : 12

Maksudnya : Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yg lain, adakah antara kamu suka memakan daging saudara kamu yg telah mati, nescaya kamu tidak menyukainya.

قال رسول الله : ( من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقول خيرا أو ليسمت ) أو كما قال

Maksudnya : Nabi S.A.W bersabda : (barang siapa beriman dgn ALLAH dan Hari Akhirat, maka berkatalah perkara yg baik atau diamlah)

قال العرب : لو كان الكلام من فضة لكان السكوت من ذهب

Maksudnya : Pepatah Arab ada menyebut : Sekiranya percakapan itu daripada perak, maka diam itu pula daripada emas.

وقال ايضا : اللسان كالسيف ان لم تقطعه قطعك

Maksudnya : Arab ada menyebut lg : Lidah itu umpama pedang, sekiranya kamu tdk memotongnya, maka ia akan memotong kamu.

Pepatah Melayu ada menyebut : Terlajak perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya.

Melayu ada menyebut lg : Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.


Ketahuilah wahai saudara seislamku, bahawa kita amat dituntut oleh agama kita supaya menjaga lidah. Islam menuntut kita supaya menjauhi perkara2 buruk yg datangnya daripada lidah. Antaranya, bersumpah selain ALLAH, saksi palsu, melaknat, menipu, mengumpat, mengeji dan sebagainya.


Di sini, ana ingin fokuskan tentang 'mengumpat' atau dlm bahasa Arabnya 'ghibah'. Ghibah atau mengumpat ini bermaksud kita bercakap tentang saudara kita apa yg dimarahinya sekiranya dia mengetahui perkara tersebut. Perbuatan mengumpat ini tdk akan berlaku sekiranya kita keseorangan tetapi mengumpat ini akan berlaku dgn adanya dua individu atau lebih dari itu.


Perbuatan mengumpat ini tdk tertumpu hanya pada lidah, malah mengumpat juga blh terjadi dgn pergerakan badan kita, isyarat2 atau perkara2 yg hanya difahami oleh sebelah pihak shj. Sesungguhnya semua perkara itu dilarang dalam Islam kerana tergolong dalam kategori 'ghibah'.


Apabila kita dilarang utk mengumpat, maka kita juga dilarang utk ikut serta dalam mengumpat. Maksudnya, kita juga dilarang utk mendengar umpatan itu, menghadirkan diri kpd tempat2 mengumpat, enggan menasihati si pengumpat dan sebagainya. Sesungguhnya kita amat dituntut utk menjauhi perkara2 tersebut.


Disebalik pengharaman perbuatan mengumpat ini, namun di sana ada juga yg dibolehkan dalam Islam. Pertama, seorang yg dizalimi mengadu kpd pihak berkuasa tentang perilaku org yg zalim itu. Kedua, menyatakan sifat seseorang utk membezakannaya dgn orang yg lain. Ketiga, memberitahu seseorang supaya menjauhi individu yg tidak baik. Keempat, menyebut perbuatan buruk atau maksiat seseorang yg dilakukan secara terang2an. Kelima, meminta fatwa dgn menyebut kesalahan seseorang. Keenam, meminta drpd pihak berkuasa spy menghapuskan sesuatu kegiatan maksiat.


Ketahuilah semua, bahawa seseorang yg mengumpat itu tlh melakukan dua kesalahan. Pertama, kesalahan pd hak ALLAH. Maka si pengumpat itu hendaklah menyesali dan bertaubat atas apa yg tlh dilakukan. Kedua, kesalahan pd hak hamba. Maka si pengumpat itu hendaklah berjumpa dgn org yg diumpatnya dan meminta maaf atas kesalahannya itu. Sekiranya tdk mampu utk berjumpa dgnnya, maka beristighfarlah kpd ALLAH dan mendoakannya.


Sekadar ini saja tazkirah ana pd kali ini. Sama2 lah kita renung2kan dan sama2 lah kita memperbaiki kesalahan kita semua. Kerana ALLAH itu melihat perbuatan kita dan mendengar percakapan kita.

Sunday, July 4, 2010

khaitsamah dan anaknya bergaduh

Ketika rasulullah memangil kaum muslimin yang mampu berperang agar turut sama menyertai perang badar. Khaitsamah berkata kepada anaknya, “wahai anakku aku akan keluar berperang. Kau tiggalah dirumah menjaga wanita dan kanak-kanak.”

“wahai ayahku, demi allah janganlah berbuat begitu kerana keinginan aku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engaku lebih berkepentingan untuk tinggal dirumah. Jadi, izinkanlah aku yang pergi”. Balas anaknya membuatkan khaitsamah marah. “Kau membangkang dan tidak mentaati perintah aku.” Katanya.

“Allah mewajibkan aku berjihad dan rasulullah memangil aku untuk berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku. Bagaimana engkau rela melihat aku taat kepdamu? Tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah.” Jawab saad tenang.
Maka khaitsamah pun berkata, “wahai anakuku, apabila ada antara kita harus berangkat, maka dahulukan aku untuk berangkat.” Saad menjawab, “Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukan mu”.

Kahitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undia menunjukkan bahawa saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turut berjuang dan mati syahid.

Setelah itu, khaitsamah mahu pergi ke medan perang, tetapi tidak dibenarkan oleh rasulullah. “wahai rasulullah, aku ingin sekali terjun ke perang badar. Lantaran inginya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenanginya ehingga dia dapat mati syahid.

Kelmarin aku bermimpi di dalamnya anakku itu berkata kepadaku,- “Engkau harus menemani kami di syurga dan aku telah menerima janji Allah. Wahai rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga.” Usia kau telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku.” Mendengar kata-kata khaitsamah, akhirnya rasulullah mengizinkan.”. khaitsamah berjuang sehingga syahid.


Ibrahim a.s dengan orang majusi

Dikisahkan pada suatu hari nabi Ibrahim a.s menolak seorang tetamu berkunjung kerumahnya. Nabi Ibrahim berkata “ aku tidak menerima tamu seperti engkau tidak meninggalkan agamamu dan ajaran orang majusi”. Orang majusi itu meninggalkan rumah nabi Ibrahim a.s dengan perasaan duka cita.

Sikap nabi Ibrahim tidak disenangi Allah sehingga turunlah wahyu yang bermaksud “ apa kerugianmu jika kamu menerima tamu itu?, walau ia mengingkari dan mengkafirkan ku. Aku akan menggantikan makanan dan minuman yang berikan kepadanya selama 70 tahun”. Setelah menerima wahyu tersebut nabi Ibrahim a.s pergi mencari orang majusi itu dan mempelawanya datang kerumahnay sekali lagi.

Kata orang majusi itu “pelik sungguh, semalam engkau mengusirku, tetapi hari ini engkau mengajaku pergi kerumahmu”. Nabi Ibrahim a.s menceritakan mengenai wahyu yang diterimanya. Orang majusi itu berkata “sungguh baik tuhanmu memperlakukan aku sebegini, walaupun aku inni orang kafir”.

Orang majusi itu berkata lagi “hulurlah tanganmu, aku bersaksi bahaawa tiada tuhan yang disembah melaikan Allah dan engkau adalah pesuruh Allah”.

Semenjak dari itu orang majusi itu mengikut ajaran nabi Ibrahim a.s

Mulianya saidina ali

Satu hari Saidina Ali a.s tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saidina Ali a.s bertemu dengan seorang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditanganya memegang pelita untuk menerangi jalan yang gelap gelita. Saidi ali mengikut sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya.


Apabila tiba di masjid, saidina ali bergegas masuk ke masjid unutk menunaikan solat subuh berjemaah bersama rasulullah. Ketika beliau memasuki masjid didapati rasulullah sedang rukuk. Rukuk rasulullah pada kali ini sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah olah menanti saidina ali untuk turut serta solat berjemaah.


Setelah selesai solat subuh, saidina ali bertanya kepada rasulullah “Ya rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini?, belum pernah engkau lakukan sebelum ini”. Jawab rasulullah,”semasa aku sedang rukuk dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang malaikat jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah iktidal”. Mendengar jawapan rasulullah, saidina ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi.


Rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada rasulullah supaya menanti saidina ali supaya dapat iut serta solat subuh berjemaah. Ada juga diriwayatkan pada masa itu Allah telah memerintahkan kepada malaikat mika’il supaya menahan kelajuan matahari agar saidina ali dapat solat subuh berjemaah bersama rasulullah kerana sikap saidina ali merendah diri dan menghormati orang tua nasrani itu.

semangat durian

durian berbau kuat, ak kuat makan durian

musim durian dah tiba pulak. bila jalan-jalan kat chow kit kat tengah bandar Kuala Lumpur ni terhidu bau durian yang menusuk kalbu tak dapat dibayangkan ke enakan durian ni sedara oi. sedapnya sampai dipanggil raja durian lah.

semalam aku ikut lah bos aku pegi satu program "Hari Setia....." dipanggil. kenapa dot2 lak? korang kena baca sampai habis cerita aku k. kat situ diorang sambut bos aku macam sambut menteri besar la. di siapkan parking khas. disambut oleh gadis jelita lagi di iring lagi ke atas tempat program. dihidangkan makanan tak ingat sedapnya tapi kitorang ni sampai lambat tak dapat la melantak puas-puas dulu sekadar seteguk air je jadi la. bila nak masuk ke tempat program tu pulak aku tak ikut bos aku sebab lift dah penuh terpaksa la turun tangga diet konon. hahaha. aku selaku driver je sebenarnya ikut bos aku ni maca pengikut setia la gitu. tapi kat tempat tu aku cm orang bear la pulak bila nak masuk kat dewan tu diorang mengumumkan ketibaan aku lak. adeh.. malunya tak ingat la kot tapi ade la bangga sikit jadi orang besar padahal kat keliling aku tu semua orang kaya jutawan-jutawan melayu la kot tu yang aku bangga sangat tu walaupun aku jauh langit dan bumi lagi nak bezakan dengan diorang tu.

berkobar-kobar semagat aku nak jadi kaya tapi semangat jela yang penting semangat yea. dapat gak aku dengar speech dari jutawan2 melayu ni kalau aku tak ikut bos aku ni mau kena bayar dengar diorang bercakap ni. patutla diorang berjaya dalam hati aku. setiap kata-kata diorang ni ada maksud dan bersemangat gila bila nak yakinkan orang beli barangan mereka.

ku respectla diorang ni. dulu asalnya dari orang susah je kais pagi makan pagi kais petang makan minggu depan kata seorang jutawan ni sedihkan padahal die ni terkenal jugala dulu. terkenal je watpe kn? duit tak ade orang pun tak pandang. sekarang nah korang tengok mewah tak la kot tapi ade la kereta BMW satu dengan rumah banglo tengah2 KL ni. mane nak cari kan. tu aku panggil semangat durian sebab jap lagi ni nak makan durian ni bila la perut dah lapar ni.

kata -kata yang paling menusuk kalbu ialah MATAHARI SEMALAM TIDAK BOLEH KERINGKAN KAIN HARI INI. dahsyatkan. nah amik ayat yang boleh kita jadi tersentap lagi gitu. maksudnya berusaha lah selagi ada hari ini atau buatlah kerja itu betul2 macam kita baru hari ini. bestkan. ni kalau diorang table talk kat aku pasal produk dioorang ni mau aku termakan pujuk rayu ni. bos boleh backup aku lagi ni. aku bukanlah pandai bercakap pun nak convience orang beli barang aku kompom diorang gelak kat aku.

masalah die cakap?

tetibe lak masalah nie? dalam diorang bercakap ni ade lak timbul maalah. tapi ape yang diorang cakap ialah "HAPPY PROBLEM". ha! terdiam jap aku. ape tu? orang lain mungkin dah tau ape sebenarnya die nak bagitau. rupenya masalah tu dijadikan satu daya semangat untuk mereka menyeleaikannya. dan timbul satu idea baru untuk marketing mereka. wah tak terpikir lak di akal aku sebelum ni kan. maklum lah aku bukan ahli perniagaan aku keje makan gaji je. berkembang juga pikiran aku ikut bos aku ni.

bila camtu HAPPY PROBLEM k. dari masalah adenya ikhtiar untuk selesaikan masalah bila dah selesai akan timbulnya idea baru untuk jadikanya satu pencapaian baru. bestkan. nah aku lak jadi bersemangat terhidu bau durian lagi ni. sape yang makan awal die lak sendawe perggghhh... aku duk sebelah ni tahan idung jela.

ade seorang jutawan ni kata die wat bisnis ni dari gigi ade sampai dah tak ade gigi dah punya lah banyak bercakap kot. padan lah dengan ape yang die capai sekarang kot. tergelak lah audience semua masa tu. setia kan hari tu? nama pun "hari setia uptrend" nah terbocor lak rahsia ni. tak kisah lah. aku bukan uptrenders dan bukan ahli MLM k. aku hanyalah aku dan aku bawak bos aku sebab aku nak makan durian masa tu kena la ikut. nyam nyam...

makcik yang jadi jutawan ni pun bersemangat juga rupenya bila bercakap terrespect lak aku bila dengar kisah sedih dalam gembira makvik ni. nak kata die ni setia pada company ni ade trademark die buat sampai jadi jangan buat sampai lari. fuh setia gilalah makcik. syabas atas pencapaian. patutlah boleh buat duitupun.

teringat lak aku masa kecil2 dulu kawan aku sorang ni. kenapa la orang pecaya sangat cakap die ni semua orang pecaya. aku tanya la dei ni sebab die kawan baik aku kan. die cakap ko nak cakap ape pun boleh asal sedap dan orang lain akan percaya. die kata cerita aku betul sebenarnya tapi aku nak bagi sedap je cerita aku, aku tambah la sikit tipu helah bagi sedap je kalu nak percaya nak wat camne. haha sampai sekarang aku tak boleh lupa.

semua tepuk tangan sampai tak larat nak tepuk dah. dah 8 orang cakap semua mintak tepukan sampai 20kali seorang bayangkan letih tangan nak tepuk. sebab semngat tepuk juga la. tepuk tak lemau gak gitu la orang MLM kan. vote gitu.

perubahan mereka drastik bila brniaga ni. sebab 9/10 rezeki dari perniagaan kan. jadi berniagalah kamu semua. dari tv tepuk keluar gambar tak tepuk hitam putih kepada tv LCD 50inch gitu memag kelas. yang penting ada semangat yang berkobar-kobar dalam percakapa korang orang mesti yakin nyalah.

ok sekarang aku nak gi makan durian lak yea. so korang selamat menjamuu gambar2 yang aku sediakan k.


bersambung.

Friday, July 2, 2010

The Blogger Template Designer

We’ve added a fair bit to Blogger over the years, but one thing that’s been constant for some time has been our collection of templates. While a number of talented designers around the web have offered their own fresh and interesting designs that you can apply to your Blogger blog, our stock set has grown a bit stale, and you’ve noticed. You let us know — in the forums, on Twitter, sitting next to us on airplanes, even from across the counter at a Harvard Square stationary store, and we’ve been listening.

Today we’re taking a big first step in improving not just our template designs, but all the ways that you can customize the look and layout of your blog.

Here’s what we’re launching today to Blogger in Draft:
  • 15 new, highly-customizable templates from our design team, split into four families: Simple, Picture Window, Awesome Inc, and Watermark
  • One-, two-, and three-column layouts for each template, with complete control over the size and arrangement of the columns
  • Hundreds of background images and patterns from iStockphoto, the leading microstock image marketplace
Try it Now
Go to http://draft.blogger.com/ to log in to Blogger in Draft. (If you’ve never been there before, Blogger in Draft is just like regular Blogger, except with new, in-development features like this one.) Click on your blog’s “Layout” link to go to the Layout tab. The link to the Template Designer is at the end of the row of sub-tabs.



You can use the live preview to see your new template without affecting your blog. When you find a new look that you’re happy with, just click the “Apply to Blog” button to publish it to the world. Note: You can backup your existing template ahead of time by going to Layout > Edit HTML. We recommend this if you have a customized blog design that you might want to go back to.

Classic template blogs: If you have a “Template” link or tab instead of “Layout,” you’ll first need to switch from Classic to Layouts before you can try out the Template Designer. Go to Classic > Customize Design and follow the instructions there. You’ll need to switch to one of our old templates first, but then you’ll be able to use the Template Designer to pick a new one.

Tips from the Blogger Team
  • Get your links to match a background image quickly by using the Background panel’s “Main color theme” to adjust all of your blog’s colors at once. This works particularly well with Simple’s second design.
  • With a three-column footer, you can fit in several gadgets to interest your readers after they’re done reading your post. For inspiration, read Derek Powazek’s post, “Embrace your bottom!
  • If you’re using our new Pages feature, put the Page List gadget in the wide section at the top of your blog. We’ve added unique tab designs to all of the new templates.
  • Many of the patterns in the background image picker are semi-transparent, to let your blog’s background color show through. Look for the “transparency page curl” to see which patterns these are.
  • The Attribution gadget (added to the footer by all new templates) is there to give credit not just to the designer and artist of the background image, but to you as well. Edit its settings by clicking “Edit” on Layout > Page Elements to add your own authorship or copyright information.
Get Involved
  • Show off your new design on Twitter by tweeting your blog’s URL with the hashtag #newbloggertemplate. We’ll be looking for creative designs to feature in upcoming blog posts or as Blogs of Note.
  • We’re taking feature requests. Let us know what else you’d like to see with our Google Moderator page. (And don’t worry: uploading your own background image is already filed and at the top of our list!)
  • To report bugs or discuss the Template Designer in more detail, start a thread on our discussion forum. Include “Template Designer” in the subject so we’ll be sure to see it.
  • Do you design templates for Blogger? Join our template designer group for documentation and discussion on working with the new templates, as well as details on how to get your designs into the Template Designer.
Over the coming weeks and months we’ll be adding new features, templates, and images guided by the feedback we hear from you.

Miscellaneous Notes
  • The Template Designer is not supported on Internet Explorer 6, nor, for that matter, are the new templates. While we’ve made an effort to ensure that they’ll still be readable, the new designs are not going to look particularly attractive on IE6. We strongly encourage the very small number of bloggers and readers still using IE6 to upgrade to a more modern browser. For more information about browsers, visit Google’s What Browser? site.
  • The rounded corners and drop shadows used in several of the templates may not be visible in older versions of some browsers. Opera users will need to wait for Opera 10.5, currently in public pre-alpha release. IE7 and 8 users will not see these effects within the Template Designer, but will see most of them on the live blog itself.
  • From within the Template Designer you can only move gadgets around, you can’t add, delete, or change their settings. Those features are still on the Layout > Page Elements page.
  • Some gadgets, such as Poll, Reactions, or third-party Google Gadgets will not reflect color changes in the live preview but will after the template is applied. Others, such as Followers and AdSense, will not change colors automatically at all. It may be easiest to remove and re-add these gadgets to refresh their palettes, though you could also tweak the colors by hand by editing their settings.
  • Customizations to widget templates will be cleared when applying a new template to preserve the new layout. If you have made changes to your widget templates, save them first by going to Layout > Edit HTML and clicking “Download Full Template.” You’ll be able to copy them back in as needed after you apply your new template.

Thursday, July 1, 2010

Doa ringkas selepas solat



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Ajaran kepada orang yang sedang nazak


Sesiapa yang akhir ucapannya ...

Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah

... dia akan dapat masuk syurga.