tiada masalah kewangan jangan klik!

Monday, March 28, 2011

info tokek












surat kabar utusan semalam 27 mac 2011 halama mane dah lupe la pulok, ia telah mengulas mengenai cicak tokek yang mencecah harga jutaan ringgit seekor itu sebenarya tidak mempunyai apa-apa khasiat.

usahawan yang membuat kenyataan ini cakap berdasarkan pengesahan dari WHO iaitu pertubuhan kesihatan sedunia melalui sepucuk surat. dah sah dah jangan duk bela lagila binatang cicak ni.

ada cerita yang saya dapat harga seekor mencecah puluhan juta kalau ia seberat 1kg. dan ada juga yang gila disebabkan cicak tokek ini mati belum sempat dijual kepada pembeli.
1st time tengok tokek ni naik meremang bulu roma besar cicak ni itu baru 250gram nya.. kalau tengok yang 1kg nya cmner la yea...


2. ada yang sanggup berhenti kerja tetap semata-mata mahu duduk didalam hutan mencari cicak tokek ini. ada ke patut agak-agak la kawan. sampingan jadila sebelum ia betul-betul disahkan oleh pakar jangan duk cari hal lah.

3. selain itu, ada juga sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli secara pukal cicak ini masa kecil dan dipelihara sehingga besar dan dijual. makanan binatang ini tak susah serangga jer bape sen sangat. tapi harga lipat kali ganda. tapi malangnya cicak ni dah disahkan tidak mempunyai apa-apa khasiat yang boleh mengubati AIDS ia adalah mitos kot.

4. ada yang sanggup pergi ke negara jiran untuk mencari pengedar cicak tokek ini. sebab disana mempunyai stok cicak tokek yang banyak cakap jer nak warna ape.


dikatakan lagi tokek yang mempunyai bintik kemerah-merahan adalah tokek yang mahala dan mempunyai permintaan yang tinggi.




kira-kira sikit kita :-
bayangkan jika dikira 5 ekor tokek waktu kecil hanya sekitar rm2000. di pelihara sehingga beratnya mencecah 500gram ke 1kg. 1ekor harganya 10juta, 5ekor jadi bape? jadila jutawan tokek... anggaran jer yea jangan marah

Monday, September 20, 2010

seksi games

ha... semekom! mesti terperanjatkan tengok entry seksi ni. nak diulang lagi sengaja je pakai title seksi camni coz nak memenuhkan kouta enjin carian korang.

jadinya nanti anak-anak melinium aku nanti tak lah terjebak sangat pada carian-cari berbau lucah ni. sekali-sekali diorang jenguk gak blog abah diorang tinggalkan. proses dakwah tuuu.... tapi zaman modenya la. at list nanti mati ade gak side income kat perkuburan nanti tak lah sempit sangat.

seksi game! sebenarnya nak bagi tau ketagihan zaman moden ni ha! bukan setakat dadah, ganja, syabu lagi semua tu dah maklum dan sekarang ada pusat pemulihan cam PUSPEN, AADK, dan etc. itu dah dapat dibendung oleh kerajaan MALAYSIA. syabas NEGARAku.

kalau ketagih FACEBOOK camne lak? ade pusat pemulihan ke untuk memulihkan orang camni? sah-sah tak ade kan atau belum ade lagi atau sengaja belum diadakan nak lariskan jualan. daripada masalah ini sebenarnya ada jalan penyelesaian. nak tau? nanti akan ditunjukkan.

sekarang nak bagi tau salah satu ketagihan FACEBOOK bagi aku adalah GAMES. setakat comment, add frends, tag pic, video dan etc. aku tak lah obses sangat.

tapi kalau main games memang obses gile. nak kata gamers jauh sekali tapi boleh main la. korang pun same je dengan aku kan? at list satu games mesti korang main kan.



ni games HAPPY ISLAND. setakat ni maintain no1. tu yang aku suka main sebab aku no1 mengatasi kawam-kawan lain. ade la perasaan boring sikit tapi ada pencabar aku teruskan perjuangan juga. so seksi tak agak-agak?



ni namenya MILLIONAIRE CITY kawan aku yang bernama raqib yang suruh main. kata sebagai kawan meraikan kawan-kawan yang nak main game ni selagi tidak sesat dan menyalahi ajaran islam sudah. ni pun boleh merapatkan ukuwah sesama muslim juga.

game ni best boleh jadi kaya dengan stratergi yang diberikan. so boleh diapplykan dalam kehidupan semasa. cuma perbezaan masa dan duit yang mempengaruhi semua.

so selagi ia ia bermanfaat kepada kita guna sebaiknya. tapi jika ia melanggar hukum syariat tinggalkanlah. seperti ia melalaikan dan meninggalkan solat. main sampai pagi tak ingat nak solat dan beribadah. ia boleh jadi jatuhnya hukum haram ke atas FACEBOOK ini.


Sunday, September 5, 2010

sedih

malam sabtu masa di downtown dah penat shopping raya 1431H sementara menunggu aweks n the geng siap shopping aku berborak la dengan member sorang ni yang baru kenal. dia ade ank umur 8 tahun kena jangkitan kencing tikus virus baru yang bahaya.

Banyak dia cerita pasal anak dia sedih juga dengar. Nampaknya dia kenala beraya di hospital sg buloh tahun ni dalam keadaan sedih anak sakit. hampir kedua belah matanya buta doktor sempat selamatkan satu je mata dia dari jangkitan. satu lagi tidak dapat diselamatkan.ladies gurls lak tu.

dalam sakit anak dia tu dia teringin nak pelok teddy bear dia. so si bapak ni tak kan nak balik perak lak semata2 nak amik teddy bear jadi dia g beli la bg yang baru. suka tak terkata la anak perempuan die ni. dalam suka tu ada cerita sedih.

bila dah dapat teddy bear td anak perempuan dia ni cepat2 cari sailotape. lepas tu dia koyakkan dalam 2inci. ayah dia tengok je sedangkan itu teddy bear baru nak tampal ape kan haran la bapak dia ni.


die koyakkan dan tampal sebelah kiri mata teddy bear tu. pelik kelakuan die kan. ayah die pun tanya kat anak die.


ayah : adik, kenapa di tampal mata teddy bear tu? kesian die.

adik : dia kan kawan adik.

ayah : jadi kenapa di tampal mata dia? kan tak nampak dia. (kehairanan ayah)

adik : adik tampal mate die cebelah sebab adik pun tak de mate. kawan baik mesti same2 susah.

ayah : ayah terdiam dan menangis.

ape sebenarnya yang mahu disampaikan oleh anak die sebenarnya. mungkinkah emosinya terganggu kerana masih kecil. dan tidak seperti kawan lain yang normal dan menjadi rendah diri.

sempat juga ayah ni nasihatkan aku. ade anak ni kalau sakit terus jumpa doktor. virus sekarang tak macam dulu. demam sikit 2 ke 3hari meninggal. mungkin virus mutasi kot dari virus lain. 2 yang kuat 2.

Wednesday, September 1, 2010

awek bogel

ha... baik punya (kata dafi) la ko untuk entri kali ini lebih berani... ni kalau dah gersang sangatkan. boleh tengok bawah ni awek bogel ramai-ramai kat tepi pantai tu. siap panjat tiang lagi nak mengatakan seksi gile diorang ni. yan pelik tanpa segan silu berbogel kat tepi pantai ni. sedih aku tengok diorang ni sape yang gersang boleh la tengok. tak tahan tengok.







wah! tak tahan kan? seksi gile.aku dah cakap dah. korang pasti akan teruja melihatnya. tapi perkara ni pasti tidak berlaku di negara kita yea.

Tuesday, August 31, 2010

PROGRAM LAWATAN MAHABBAH RAMADHAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI SERTA PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA PESAKIT DI PUSAT PERUBATAN UNI

















PROGRAM LAWATAN MAHABBAH RAMADHAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI SERTA PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA PESAKIT DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM), PETALING JAYA, SELANGOR PADA 30 OGOS 2010

Petaling Jaya, Selangor - Masjid Negara telah menganjurkan Program Lawatan Mahabbah Ramadhan dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri serta Penyerahan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-53 kepada Pesakit-Pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor pada 30 Ogos 2010 (Isnin) bermula jam 11.00 pagi. Bersesuaian dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, ianya merupakan salah satu program kebajikan di luar Masjid Negara dan ianya merupakan program tahunan yang dijalankan secara bergilir-gilir di Hospital-Hospital di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Program ini dihadiri oleh Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Tan Sri Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad serta Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mrangkap Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ikram Shah bin Ismail dan Ketua Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Petaling Jaya, Selangor, Encik Yahaya bin A. Hamid dan disertai oleh Pegawai serta kaki tangan Masjid Negara seramai 30 orang. Turut serta dalam Program tersebut adalah Imam yang didatangkan khas dari Mesir yang mengimamkan Solat Sunat Tarawih di Masjid Negara iaitu Sheikh Abd Elrahman Eldesouky Taha Radwan. Sumbangan berupa hamper, risalah mengenai Islam serta Buku Panduan Solat ketika Sakit keluaran JAKIM telah diedarkan kepada pesakit-pesakit di 4 wad terpilih iaitu Wad Medikal Biasa, Wad Surgeri, Wad Maternity dan Wad Patah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kaki tangan Masjid Negara dengan kaki tangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di samping dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan masyarakat bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini. Ianya juga dapat memberi sedikit sinar keceriaan kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan di Hospital tersebut dengan adanya program lawatan sebegini. Di samping itu juga, penyerahan Jalur Gemilang kepada para pesakit juga adalah bagi menyahut seruan Kerajaan supaya rakyat Malaysia disemai dengan rasa cintakan negara serta dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-53 yang diraikan pada 31 Ogos setiap tahun di mana tema untuk tahun ini adalah 1 Malaysia – Menjana Transformasi.

Di harap program sebegini akan sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai demi untuk terus mengimarahkan Masjid sebagai institusi untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam selain melakukan amalan-amalan yang sedia menjadi kewajipan bagi umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.

Disediakan oleh:

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN PUSAT SUMBER, MASJID NEGARA, JAKIM

30 Ogos 2010

handphone radiasi dan cara baru memasak popcorn

Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.

Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.
Soalan-soalan Lazim:

* Apakah itu E.M.R?
E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.

klik pada link tersebut nak tau mengenai radiasi boleh menyebabkan popcorn masak, mungkin cara baru memasak popcorn atau bahayanya radiasi telefon bimbit


* Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.
* Adakah telefon bimbit membahayakan?
Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.
* Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'
Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'
Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber dari BBC News)

Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik
Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
(Sumber dari CNN, Dis 2008)

Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
(Sumber dari 'The Total Sweden News in English')

Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
(Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)

Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak
Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
(Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)

macho di FastFood

bayangkan anda di pizza bersama gurlz anda la kan. maklumla anda seorang yang macho dan bergaya digilai oleh ramai wanita. gurlz anda mahu menuang sos al maklum sos yang baru buka susah sikit nak tuangkan. so dia minta la anda tuangkan. dengan machonya anda ambil dan tolong tuangkan. tetiba ketuk punaya ketuk bontot botol sos tu keluarnya sikit je. wah ilang macho tu. tebal tak ingat muka kawan ni. sekarang beliau ni nak tunjukan bagaimana cara yang boleh cover malu anda ketika bersama awek di pizza bila awek anda meminta menuangkan sos.

klik pada gambar dibawah ini:-








ingat! janga buat silap lagi nanti.jaga aib anda. barulah awek anda berkata 'ada stayle la abg mane blajar?' belajar di kedai sos la....

HUMMER ku










sekali sekala berangan memiliki kereta idaman sendiri. berangan tak salah sebenarnya kata seorang jutawan muda dari malaysia baru 25tahun itu 4tahun lepas la aku baca artikel dia. jutawan tu cakap tak salah berangan memiliki kereta mewah dan menjadi kaya. itu adalah sumber semangat kita umtuk kearah menjadi kaya, sumber semangat dan salah satu cara motivate diri kita untuk lebih berusaha dan berdaya maju. nah... kan tak salah gitu. tapi janganlah berangan je kena setai dengan usaha juga barulah impian akan menjadi kenyataan. ini tidak selalunya anak muda suka beli majalah permotoran dan berangan nak pakai kereta mewah yang ditayangkan didalam majalah itu pastu khayal je dan tido sambil mimpi bukan nnak usaha pun. hari ni dah puas esok buka balik sambil2 nak tido khayal lagi pakai kereta mewah tapi still malas lagi. dah macam mane nak pakai kereta mewah camtu... termasuk la aku dulu2. hehehe...

sebab aku suka kan kereta HUMMER ni kerana dia lasak dan cita-cita aku dulu nak jadi 'mat terap kata orag utara' atau askar la dulu. akibat obisiti dah tak boleh jadi askar BMI Body Max Index tak lepas tak pela. setakat jadi askar simpanan pun jadila. nanti darurat aku boleh kuar berbakti juga. minta-minta aman sejahtera la malaysia ni. amin. spesifikasi kereta ni cukup mantap la katakan. kat bawah ni secara ringkas la kereta i. korang mesti teruja juga dengan kereta ni nanti. tapi ingat hendak memilikinya mestilah ada usaha mahu berjaya. disusuli dengan doa keada allah.

spesifikasi hummer yang terdapat di malaysia

H3 adalah SUV menengah tidak seperti yang lain. Dengan kemampuan off-road tak tertandingi, digabungkan dengan kekuatan bahan api-efisien dan mudah manuver. Suatu bentuk petualangan sama sekali berbeza: Hummer H3 SUV.

* 239 hp Vortec 3.7L I-5 enjin dengan variable valve timing yang diperolehi 11,4 km l/100 (25 mpg) jalan tol dan 15,6 km l/100 (18 mpg) kedudukan bandar **
* 5-speed transmisi manual; Hydra-Matic 4L60-E penghantaran automatik 4-kelajuan yang sedia
* 2-kelajuan dikawal secara elektronik sistem 4WD full-time
* Electro-hydraulic power brek disc 4-wheel dengan sistem 4-wheel brek anti-lock (ABS) dan Dinamik Belakang proporsi
* Brake-dikawal, sistem kawalan traksi penuh-fungsi dengan kemampuan berpandu tunggal-wheel
* StabiliTrak ™ kestabilan sistem kawalan elektronik dengan ciri-ciri bukit membantu
* Pundi hawa Dual frontal dengan Sistem Penderiaan Penumpang, ditambah tirai-kesan samping kepala airbag
* Air conditioning
* Ember Front kerusi dengan adjuster manual lumbar pemandu
* 60/40 dibahagikan belakang kerusi
* 6-speaker ditetapkan secara elektronik (ETR) PM / FM stereo dengan CD player single disc

mantapkan hummer punya ciri-ciri keselamatan dan spec dalaman dia. lasak tak tertandingla. kita tengak harga dia. harga dia bermula pada RM450,ooo dan keatas. mak oi.. dah macam rumah bergerak la pulak.. dah kalau minat semua tidak jadi penghalang asal kan ada usaha. Malaysia Boleh! berkat doa dan usaha boleh la kita sama2 pakai kereta ni la.

Friday, August 27, 2010

Jutawan Malaysia

1. Robert Kuok Hock Nien, 84, RM 58.110 billion, Kerry/Kuok Group
2. T. Ananda Krishnan, 69, RM 19.625 billion, Usaha Tegas
3. Tan Sri Lee Shin Cheng, 69, RM 14.943 billion, IOI Group
4. Tan Sri Quek Leng Chan, 65, RM 11.098 billion, Hong Leong Group

5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 57, RM 8.550 billion, Albukhary Foundation
6. Tan Sri Teh Hong Piow, 78, RM 8.06 billion, Public Bank
7. Tan Sri Tiong Hiew King, 71, RM 3.87 billion, Rimbunan Hijau
8. Tan Sri Vincent Tan, 56, RM 3.40 billion, Berjaya Group
9. Tan Sri Lim Kok Thay. 56, RM 3.16 billion, Genting Group
10. Tan Sri Azman Hashim, 68, RM 2.87 billion, Arab-Malaysian Corp

11. Datuk Lee Yeow Chor, 42, RM 2.33 billion, IOI Group
12. Lee Yeow Seng, 29, RM 2.29 billion, IOI Group
13. Tan Sri Yeoh Tiong Lay, 78, RM 1.74 billion, YTL Group
14. Ong Beng Seng, 62, RM 1.73 billion, Hotel Properties Ltd
15. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling, 62, RM 1.49 billion, Sunway Group
16. Datuk Yaw Teck Seng, 70, RM 1.39 billion, Samling Group
17. Datuk Seri Lee Oi Hian, 58, RM 1.304 billion, Batu Kawan
18. Datuk Lee Hau Hian, 55, RM 1.301 billion, Batu Kawan
19. Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping, 54, RM 0.99 billion, YTL Group
20. Datuk Mokhzani Tun Mahathir, 46, RM 0.97 billion, Kencana Petroleum
21. Datuk Yeoh Seok Hong, 49, RM 0.883 billion, YTL Group
22. Datuk Yeoh Seok Kian, 51, RM 0.881 billion, YTL Group
23. Datuk Micheal Yeoh Sock Siong, 48, RM 0.87 billion, YTL Group
24. Datuk Mark Yeoh Seok Kah, 43, RM 0.86 billion, YTL Group
25. Tan Sri Hamdan Mohamad, 52, RM 0.85 billion, Ranhill
26. Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, 47, RM 0.83 billion, Gamuda
27. Tan Sri Dr Lim Wee Chai, 50, RM 0.78 billion, Top Glove Corp
28. Tan Sri Kua Sian Kooi, 56, RM 0.75 billion, Kurnia Asia
29. Puan Sri Chong Chook Yew, 85, RM 0.71 billion, Selangor Properties
30. Datuk Tony Tiah Thee Kian, 61, RM 0.67 billion, TA Enterprise
31. Datuk Tan Chin Nam, 82, RM 0.61 billion, Tan & Tan
32. Tan Sri Rozali Ismail, 52, RM 0.59 billion, Puncak Niaga Holding
33. Shaari Ismail, 53, RM 0.57 billion, Puncak Niaga Holding
34. Datuk Seri Panglima Lau Cho Kun, 72, RM 0.533 billion, Gek Poh Holdings
35. Datuk Lin Yun Ling, 52, RM 0.532 billion, Gamuda
36. Datuk Seri Liew Kee Sin, 49, RM 0.52 billion, SP Setia
37. Ong Leong Huat, 64, RM 0.50 billion, OSK Holdings
38. Datuk Abdul Hamed Sepawi, 57, RM 0.49 billion, Naim Cendera Holdings
39. Datuk Tony Fernandes, 43, RM 0.47 billion, AirAsia
40. Kwan Ngen Chung, 48, RM 0.40 billion, Kwantas Corp



Seronok dan rasa berbangga bila tengok kat list ni ada terselit nama orang melayu yang menjadi jutawan walaupun tidak banyak. sekurang-kurangnya ada juga daripada tidak. ini bermakna orang melayu boleh maju dan saya yakin ramai orang melayu menjadi jutawan senyap. tidak mustahil saya sendiri akan menjadi seperti mereka buka. doa-doakan lah saya semoga berjaya macam diorang ni kan. nanti akan bertambah la lagi sorang jutawan melayu. saya juga boleh menolong ramai orang melayu yang lain.


kata presiden indonesia dahulu "gantung cita-cita kamu dibintang, kerana kalau jatuh ia akan jatuh di bulan masih lagi tinggi. kalau kamu gantung cita-cita di katil kalau jatuh ke tanah jua". ingat! gantung dengan usaha sekali tau.


semoga razi menjadi kaya dan berbudi bahasa serta beriman. amin.