tiada masalah kewangan jangan klik!

Showing posts with label masjid negara. Show all posts
Showing posts with label masjid negara. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

PROGRAM LAWATAN MAHABBAH RAMADHAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI SERTA PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA PESAKIT DI PUSAT PERUBATAN UNI

















PROGRAM LAWATAN MAHABBAH RAMADHAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI SERTA PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA PESAKIT DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM), PETALING JAYA, SELANGOR PADA 30 OGOS 2010

Petaling Jaya, Selangor - Masjid Negara telah menganjurkan Program Lawatan Mahabbah Ramadhan dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri serta Penyerahan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-53 kepada Pesakit-Pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor pada 30 Ogos 2010 (Isnin) bermula jam 11.00 pagi. Bersesuaian dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, ianya merupakan salah satu program kebajikan di luar Masjid Negara dan ianya merupakan program tahunan yang dijalankan secara bergilir-gilir di Hospital-Hospital di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Program ini dihadiri oleh Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Tan Sri Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad serta Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mrangkap Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ikram Shah bin Ismail dan Ketua Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Petaling Jaya, Selangor, Encik Yahaya bin A. Hamid dan disertai oleh Pegawai serta kaki tangan Masjid Negara seramai 30 orang. Turut serta dalam Program tersebut adalah Imam yang didatangkan khas dari Mesir yang mengimamkan Solat Sunat Tarawih di Masjid Negara iaitu Sheikh Abd Elrahman Eldesouky Taha Radwan. Sumbangan berupa hamper, risalah mengenai Islam serta Buku Panduan Solat ketika Sakit keluaran JAKIM telah diedarkan kepada pesakit-pesakit di 4 wad terpilih iaitu Wad Medikal Biasa, Wad Surgeri, Wad Maternity dan Wad Patah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kaki tangan Masjid Negara dengan kaki tangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di samping dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan masyarakat bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini. Ianya juga dapat memberi sedikit sinar keceriaan kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan di Hospital tersebut dengan adanya program lawatan sebegini. Di samping itu juga, penyerahan Jalur Gemilang kepada para pesakit juga adalah bagi menyahut seruan Kerajaan supaya rakyat Malaysia disemai dengan rasa cintakan negara serta dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-53 yang diraikan pada 31 Ogos setiap tahun di mana tema untuk tahun ini adalah 1 Malaysia – Menjana Transformasi.

Di harap program sebegini akan sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai demi untuk terus mengimarahkan Masjid sebagai institusi untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam selain melakukan amalan-amalan yang sedia menjadi kewajipan bagi umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.

Disediakan oleh:

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN PUSAT SUMBER, MASJID NEGARA, JAKIM

30 Ogos 2010

Tuesday, January 12, 2010

Aqiqah Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia


sijil penyertaan untuk setiap peserta aqiqah

Kelahiran seorang anak memang dinantikan sesebuah keluarga demi menambah kebahagiaan rumahtangga. Hukum aqiqah adalah sunat Mu'akkadah yakni sunat yang sangat dituntut dan kerana itu amalam aqiqah harus difahami dan dihayati agar hikmahnya dapat dicapai

Hikmah Aqiqah
  1. Melahirkan rasa kesyukuran kerana mendapat zuriat
  2. Membiasakan masyarakat Muslim dengan pemakanan 'halaalan thoiyibba' sejak bayi lagi untuk membentuk kemantapan aqidah
  3. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Muslim di seluruh dunia.

Muslim Aid mempunyai rangkaian hampir di seluruh dunia dan mudah untuk menyaring bakal penerima bantuan demi memastikan perlaksanaan bantuan sampai kepada sasaran. Peserta hanya perlu mengisi borang yang disediakan berserta kosnya, InsyaAllah langkah seterusnya pihak Muslim Aid akan uruskan.

Dengan kos sebanyak RM350 untuk seekor kambing, pihak Muslim Aid akan melakukan penyembelihan di tempat-tempat terpilih, dimasak dan diagihkan kepada penduduk miskin setempat. Muslim Aid menawarkan perkhidmatan aqiqah untuk perlaksanaan di Indonesia.

Setelah segala proses aqiqah selesai, pihak Muslim Aid akan mengeluarkan sijil yang tertulis nama anak beserta gambar penyembelihan aqiqah. Pada yang berminat untuk melakukan ibadah aqiqah ini, boleh hubungi pihak Muslim Aid ditalian 03-2288 1996 (Ida @ Azmira)

dipetik daripada:- http://aqiqahmuslimaid.blogspot.com

Monday, January 4, 2010

Rasullah Berpesan Buat Umatnya Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Friday, October 23, 2009

Qurban for life Q4L (Muslim aid)

Pada tahun ini Masjid Negara telah Bekerjasama dengan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia yang merupakan sebuah organisasi bantuan dan pembangunan antarabangsa bersama-sama mengajak umat islam di negara ini untuk menyertai program "Qurban For Life" Q4L bagi mendekati saudara seagama seluruh dunia yang tidak mampu menikmati daging dan hidup dalam kedaifan berbanding umat islam dinegara ini.

Daging qurban yg ditinkan ini diagih-agihkan kepada saudara seagama kita yang memerlukan seperti anak-anak yatim, fakir miskin, golongan OKU dan ibu tunggal di Malaysia, mangsa bencana dan mangsa perang di luar negara seperti Gaza, Pakistan, Somalia dan Sudan dan Yaman.

Gurban dilakukan dipusat penyembelihan terpilih yang diiktiraf oleh JAKIM dengan penyeliaan ketat Muslim Aid. daging korban akan dimasak dan ditinkan mengikut selera negara terbabit sebelum dihantar ke negara yang terpilih yang mengalami penderitaan akibat bencana alam atau peperangan dan juga rakyat malaysia yang miskin serta anak yatim, ibu tunggal dan OKU.



KAEDAH KORBAN

1. Masjid Negara & Muslim Aid juga melaksanakan penyembelihan setempat iaitu melakukan ibadat kurban di negara - negara terpilih yang dikenal pasti rakyatnaya hidup dalam kebuluran. Bagaimanapun, senaran negara penerima sentiasa berubah mengikut keperluan.

2. Pengetinan daging merupakan kaedah terbaik apabila penghantaraan perlu dilakukan ke kawasan yang daif darisegi infrastrukturnya seperti ketiadaan elektrik. Cara ini juga dapat memastikan bekalan makanan ini sentiasa ada dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

3. Selain dari penyembelihan setempat dan pengetinan, Muslim Aid juga menghantar daging beku ke kawasan yang sesuai dari segi infrastuktur dan budaya seperti Bosnia.

Bertemakan sedekah Dari Rakyat Malaysia uktuk masyarakat Dunia, Muslim Aid melaksanakan ibadat kurban melalui kaedah teknologi moden dan sistem pengagihan yang teratur dan bersistematik.

Dengan hanya RM3000/seekor lumbu dan RM430 sebahagian, Masjid Negara & Muslim Aid menguruskan segala-galanya. Dari penyembelihan, masakan, pengetinan, dan penghantaran ke distinasi terpilih.

YANG PASTI QURBAN ANDA SAMPAI KEPADA MEREKA YANG AMAT MEMERLUKANYA SAHAJA.





CARA PENYERTAAN


  • Datang Sendiri

Masjid Negara
Jalan Perdana
20480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel:- 03 2693 7784
Fax:- 03 2691 3696

________________________________________________________

  • Melalui Pos

Masjid Negara
Jalan Perdana
20480 Kuala Lumpur, Malaysia

YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA
8-1-2-, Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku
59100 Kuala Lumpur, Malaysia

_________________________________________________________

  • Deposit Langsung

CIMB Bank # 1422-0000070-10-8
(Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)


_________________________________________________________

  • Hubungi Terus

Ustaz Jeffri Bujang : 013 3439 652
Ustaz Azhar Tuarno :
012 245 6127
Ustaz Razi :
019 967 6351

_________________________________________________________









Sunday, September 13, 2009

Biodata Rasullah

1· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
2· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai
tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
3· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
5· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
6· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
1· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

1· Ibunya Aminah
binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
2· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
1· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
2· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
1· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
2· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
1· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,
jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
2· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25 TAHUN
1· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
2· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
3· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
4· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

1· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
2· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
3· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

1· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
1· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
2· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
1· Kewafatan Rasulullah
SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam'ah
3. 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin
Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN


1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8.. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** *** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas)



Photobucket

panduan iktikaf

Bismillahirahmannirahim..

Pengertian beriktikaf

Iktikaf ialah usaha mendiami dan menetap diri di dalam masjid dari seseorang yang tertentu dengan cara-cara tertentu. Dinamakan juga “Jiwar” (Al-Majmu’ An-Nawawi 6/407), dan merupakan suatu Halwah Syar’iyyah. (Kitab Mukhtasar Baghiah Al-Insan min wazaifi Ramadhan libni Rajab m/s 30)

Asas disyariatkan Iktikaf.

Asas disyarakkan iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan ialah :

1.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ.

Maksudnya : Daripada Aisyah R.A (Isteri Rasulullah SAW) bahawa Nabi SAW selalu beriktikaf pada sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan hingga diwafatkannya oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepasnya oleh para isterinya. (Muttafaq ‘Alaih (Al-Bukhari 2026, Muslim / 1772).

2.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قال : كَاْنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَعْتَكِفُ فِيْ كُلِّ رَمَضَانٍ عَشْرَةَ أَيَّامِ . فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِيْ قُبِضَ فِيْهِ اعْتَكَفَ عِشْرِيْنَ يَوْمًا.

Maksudnya : Daripada Abi Hurairah R.A, ia berkata : Adalah Nabi SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap Ramadhan sepuluh hari (akhirnya). Manakala pada tahun baginda diwafatkan, baginda beriktikaf dua puluh hari. (Sohih Al-Bukhari 2024)

Dengan itu, nyatalah bahawa iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunat yang diamalkan secara berkekalan oleh Nabi SAW dan para isterinya, juga oleh para sahabatnya R.A.


Photobucket

Wednesday, September 9, 2009

imam masjid negara

senarai imam yang pernah bertugas di masjid Negara sehinga hari ini:-



  1. Haji Ghazali Abdullah (1965)
  2. Hj. Mohd Salleh Hassan Farid
  3. Datuk Sheikh Abdul Mohsein ibn Hj. Salleh (1974-1975)
  4. Dato' Hj. Ahmad Shahir ibn Haji Daud (1975-1980)
  5. Dato' Hj. Hassan Din Al-Hafiz (1981-1983)
  6. Dato' Hj. Ahmad Shahir ibn Haji Daud (1984-1992)
  7. Haji Arifin Harun (1992-1993)
  8. Haji Taib Azamudden Md. Taib (1993-1999)
  9. Haji A. Jalil ibn Sindring (1999-Sep. 2001)
  10. Haji Wan Halim ibn Wan Harun (2001-2004)
  11. Dato' Haji Kamaruddin ibn Hj Zakaria (2005-2006)
  12. Tan Sri Dato' Syaikh Hj.Ismail ibn Hj.Muhammad (February 2007-sekarang.)

Wednesday, August 19, 2009

Sejarah Masjid Negara

MASJID NEGARA Malaysia terletak di Kuala Lumpur . Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965 , Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia . Ia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.

LOKASI

Terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid Negara terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia , Bangunan Daya Bumi , Pos Besar Malaysia , Muzium Kesenian Islam , Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana . Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh buah pintu masuk.Kemudahan untuk pelancong bukan islam juga disediakan seperti tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak berdekatan pintu masuk khusus pelancong luar dan dalam negara.



Sebelum terbinanya Masjid Shah Alam, Masjid Negara merupakan salah sebuah masjid yang paling moden di Asia Tenggara. Ia terletak di kawasan seluas 13 ekar, bertentangan pula dengan Perhentian Keretapi Kuala Lumpur. Pembinaan Masjid Negara ini melambangkan semangat perpaduan dan toleransi. Ia direka bentuk oleh orang berketurunan Melayu, dibina oleh orang berketurunan Cina dan India dan dibiayai oleh sumbangan masyarakat Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.



Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh para arkitek Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.



Sekali pandang, menaranya berukuran 245 kaki tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbungnya kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang.



Terdapat tiga buah pintu besar dan sebuah pintu khas bagi kegunaan diraja. Di tingkat bawah ruang depan terdapat beberapa buah bilik untuk berwuduk, bilik mandi, tempat menyimpan kasut dan bilik berehat bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur. Sebelum sampai ke dewan sembahyang di tingkat pertama terdapat sebuah halaman besar. Di bahagian tengah halaman ini terdapat 48 kaki payung konkrit manakala di rusuknya pula terdapat kolam-kolam beserta beberapa buah pancuran.



Dewan sembahyang itu bertembok konkrit tetulang dan dilekapkan dengan batu marmar Itali. Terdapat sembilan buah pintu lorot aluminium di sepanjang tiga bahagian tembok berkenaan. Beberapa potong ayat al-Quran ditulis melintangi tembok di atas pintu bahagian dalam dewan sembahyang itu. Tulisan berukuran dua kaki tinggi diadun dengan mozek keemasan dan kebiruan yang berkilat. Bumbungnya yang beropol itu menyinarkan cahaya merah mawar, disulami pula di tengah-tengahnya oleh terawang kekisi terrazzo di sepanjang galeri. Bumbung konkritnya berbentuk payung kembang dan dihiasi dengan mozek kaca dan emas putih.



Bumbung yang berukuran 84 kaki tinggi itu mempunyai garis pusat sepanjang 200 kaki dan disokong oleh 16 buah batang tiang yang ukuran garis pusatnya sepanjang 3 kaki. Tiang-tiang itu diturap dengan terrazzo. Di tengah-tengah bumbung itu terdapat sebuah aluminium yang diukir dengan ayat al-Quran – seperti replika kubah Masjid Biru di Istanbul,Turki. Dahulu bentuk mihrabnya berbentuk bersegi seperti pintu tetapi telah diubah suai melengkung seperti gerbang. Mihrab ini bertatahkan ayat-ayat al-Quran dalam seni khat Morocco. Muka tembok yang mengelilingi mihrab ini diubah suai mengikut seni bina Morocco. Mimbar, tempat imam berkhutbah pula terletak di sebelah kanan mihrab. Mimbar yang berbentuk seperti beranda ini dibina daripada kayu.



Menganjung dari keempat-empat bahagian tembok itu pula terletak sebuah galeri untuk kaum wanita dan para pelawat yang ingin melihat bahagian dalam dewan sembahyang tersebut. Bahagian dalam galeri itu dihiasi oleh kekisi yang awan laratnya jelas menunjukkan kebudayaan Islam dan menyerupai pula awan larat yang terdapat di Masjid Taj Mahal dan Patehphur Sikri di India. Bahagian luarnya diturap dengan kekisi terrazzo. Kesembilan-sembilan buah pintu dan kekisi galeri membawa cahaya matahari ke dalam dewan sembahyang itu di samping lampu-lampu berhias, lampu-lampu tersembunyi di roset aluminium di bumbung serta 16 buah tepak lampu (chandelier) kurniaan raja-raja, gabenor-gabenor dan bekas Yang Di Pertua Negara Singapura.



Dewan sembahyang itu dapat memuatkan 3,000 jemaah dan berupaya menampung 5,000 orang lagi di beranda yang terdapat di ketiga-tiga rusuk bahagian dewan itu. Beranda itu terlindung dari luar oleh tirai kekisi dari aluminium dengan terawangnya berawan larat Islam asli. Lantainya dibina daripada kepingan terrazo manakala bumbungnya pula dibina daripada konkrit serta mempunyai beberapa kubah kubah kecil yang dibina daripada mozek biru. Di sebelah barat komplek itu terdapat dewan persidangan. Perkara yang menarik ialah bumbung konkritnya yang berombak-ombak. Dewan ini bertiraikan kekisi terrazo di luarnya. Dewan yang berhawa dingin ini dapat memuatkan 500 orang wakil persidangan keagamaan. Di sini juga terdapat sebuah perpustakaan.



Hasrat untuk membina masjid ini timbul sebulan sebelum hari kemerdekaan. Sebuah majlis yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, terhadap jasa-jasanya kepada rakyat. Selepas mencapai kemerdekaan, Majlis Raja-Raja memperkenankan projek tersebut. Bagaimanapun, Tunku tidak mahu masjid dinamakan sempena namanya, tetapi sebaliknya mencadangkan ia dinamakan “Masjid Negara”.



SENARAI IMAM BESAR SEJAK 1965

1.
Haji Ghazali Abdullah (1965)
2.
Hj. Mohd Salleh Hassan Farid
3.
Datuk Sheikh Abdul Mohsein Hj. Salleh (1974-1975)
4.
Dato' Hj. Ahmad Shahir Haji Daud (1975-1980)
5.
Dato' Hj. Hassan Din al-Hafiz (memangku Imam Besar 1981-1983)
6.
Dato' Hj. Ahmad Shahir Haji Daud (1984-1992)
7.
Haji Arifin Harun (1992-1993)
8.
Haji Taib Azamudden Md. Taib (1993-1999)
9.
Haji A. Jalil bin Sindring @ Perangreng (memangku Imam Besar (1999-Sep. 2001)
10.
Haji Wan Halim bin Wan Harun (2001-2004)
11.
Dato' Haji Kamaruddin bin Hj Zakaria (2005-2006)
12.
Tan Sri Syaikh Hj. Ismail bin Hj. Muhammad (februari 2007-kini)



Photobucket