tiada masalah kewangan jangan klik!
Wednesday, July 21, 2010
Lidah & Pedang
Bercakap tentang lidah... Semua org tahu tentangnya. Sungguh besar nikmat lidah yg diberikan oleh ALLAH utk kita. Dengannya dpt kita membezakan antara Islam dgn Kafir. Memang tdk dinafikan bahawa lidah ada kebaikannya dan tdk dinafikan juga bahawa lidah ada keburukannya.
Seperti yg kita maklum, banyak ayat Al-Qur'an, Hadis nabi S.A.W, pepatah Arab dan pepatah Melayu berkenaan dgn lidah, antaranya...
قال الله تعالى : ( ولا يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتمواه ) الحجرات : 12
Maksudnya : Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yg lain, adakah antara kamu suka memakan daging saudara kamu yg telah mati, nescaya kamu tidak menyukainya.
قال رسول الله : ( من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقول خيرا أو ليسمت ) أو كما قال
Maksudnya : Nabi S.A.W bersabda : (barang siapa beriman dgn ALLAH dan Hari Akhirat, maka berkatalah perkara yg baik atau diamlah)
قال العرب : لو كان الكلام من فضة لكان السكوت من ذهب
Maksudnya : Pepatah Arab ada menyebut : Sekiranya percakapan itu daripada perak, maka diam itu pula daripada emas.
وقال ايضا : اللسان كالسيف ان لم تقطعه قطعك
Maksudnya : Arab ada menyebut lg : Lidah itu umpama pedang, sekiranya kamu tdk memotongnya, maka ia akan memotong kamu.
Pepatah Melayu ada menyebut : Terlajak perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya.
Melayu ada menyebut lg : Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Ketahuilah wahai saudara seislamku, bahawa kita amat dituntut oleh agama kita supaya menjaga lidah. Islam menuntut kita supaya menjauhi perkara2 buruk yg datangnya daripada lidah. Antaranya, bersumpah selain ALLAH, saksi palsu, melaknat, menipu, mengumpat, mengeji dan sebagainya.
Di sini, ana ingin fokuskan tentang 'mengumpat' atau dlm bahasa Arabnya 'ghibah'. Ghibah atau mengumpat ini bermaksud kita bercakap tentang saudara kita apa yg dimarahinya sekiranya dia mengetahui perkara tersebut. Perbuatan mengumpat ini tdk akan berlaku sekiranya kita keseorangan tetapi mengumpat ini akan berlaku dgn adanya dua individu atau lebih dari itu.
Perbuatan mengumpat ini tdk tertumpu hanya pada lidah, malah mengumpat juga blh terjadi dgn pergerakan badan kita, isyarat2 atau perkara2 yg hanya difahami oleh sebelah pihak shj. Sesungguhnya semua perkara itu dilarang dalam Islam kerana tergolong dalam kategori 'ghibah'.
Apabila kita dilarang utk mengumpat, maka kita juga dilarang utk ikut serta dalam mengumpat. Maksudnya, kita juga dilarang utk mendengar umpatan itu, menghadirkan diri kpd tempat2 mengumpat, enggan menasihati si pengumpat dan sebagainya. Sesungguhnya kita amat dituntut utk menjauhi perkara2 tersebut.
Disebalik pengharaman perbuatan mengumpat ini, namun di sana ada juga yg dibolehkan dalam Islam. Pertama, seorang yg dizalimi mengadu kpd pihak berkuasa tentang perilaku org yg zalim itu. Kedua, menyatakan sifat seseorang utk membezakannaya dgn orang yg lain. Ketiga, memberitahu seseorang supaya menjauhi individu yg tidak baik. Keempat, menyebut perbuatan buruk atau maksiat seseorang yg dilakukan secara terang2an. Kelima, meminta fatwa dgn menyebut kesalahan seseorang. Keenam, meminta drpd pihak berkuasa spy menghapuskan sesuatu kegiatan maksiat.
Ketahuilah semua, bahawa seseorang yg mengumpat itu tlh melakukan dua kesalahan. Pertama, kesalahan pd hak ALLAH. Maka si pengumpat itu hendaklah menyesali dan bertaubat atas apa yg tlh dilakukan. Kedua, kesalahan pd hak hamba. Maka si pengumpat itu hendaklah berjumpa dgn org yg diumpatnya dan meminta maaf atas kesalahannya itu. Sekiranya tdk mampu utk berjumpa dgnnya, maka beristighfarlah kpd ALLAH dan mendoakannya.
Sekadar ini saja tazkirah ana pd kali ini. Sama2 lah kita renung2kan dan sama2 lah kita memperbaiki kesalahan kita semua. Kerana ALLAH itu melihat perbuatan kita dan mendengar percakapan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment