tiada masalah kewangan jangan klik!

Sunday, July 4, 2010

Mulianya saidina ali

Satu hari Saidina Ali a.s tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saidina Ali a.s bertemu dengan seorang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditanganya memegang pelita untuk menerangi jalan yang gelap gelita. Saidi ali mengikut sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya.


Apabila tiba di masjid, saidina ali bergegas masuk ke masjid unutk menunaikan solat subuh berjemaah bersama rasulullah. Ketika beliau memasuki masjid didapati rasulullah sedang rukuk. Rukuk rasulullah pada kali ini sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah olah menanti saidina ali untuk turut serta solat berjemaah.


Setelah selesai solat subuh, saidina ali bertanya kepada rasulullah “Ya rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini?, belum pernah engkau lakukan sebelum ini”. Jawab rasulullah,”semasa aku sedang rukuk dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang malaikat jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah iktidal”. Mendengar jawapan rasulullah, saidina ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi.


Rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada rasulullah supaya menanti saidina ali supaya dapat iut serta solat subuh berjemaah. Ada juga diriwayatkan pada masa itu Allah telah memerintahkan kepada malaikat mika’il supaya menahan kelajuan matahari agar saidina ali dapat solat subuh berjemaah bersama rasulullah kerana sikap saidina ali merendah diri dan menghormati orang tua nasrani itu.

No comments:

Post a Comment