Pada suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan. Rasulullah SAW lantas menyarankan agar lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah SAW. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.
.
Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah SAW dan mengadukan nasibnya. Katanya: "Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih lagi miskin, bagaimana ya Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah SAW singkat. Si lelaki tidak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah SAW. Sebab tidak mungkin Rasulullah SAW mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain.
.
Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah SAW dan mengadukan masalahnya: "Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah...?" keluh lelaki itu. "Kahwin lagi," jawab Rasulullah SAW singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin.
.
Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah SAW dan menyampaikan masalahnya. Katanya: "Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?". "Berkahwinlah lagi," kata Rasulullah SAW. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah SAW. Ternyata isteri keempatnya ini membawa berkahwin di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya.
.
Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaannya maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangganya itu serta isteri-isterinya. Sabda Rasulullah SAW: "Carilah rezeki dengan menikah". (Riwayat Ibnu Abbas)
No comments:
Post a Comment