tiada masalah kewangan jangan klik!

Sunday, July 4, 2010

khaitsamah dan anaknya bergaduh

Ketika rasulullah memangil kaum muslimin yang mampu berperang agar turut sama menyertai perang badar. Khaitsamah berkata kepada anaknya, “wahai anakku aku akan keluar berperang. Kau tiggalah dirumah menjaga wanita dan kanak-kanak.”

“wahai ayahku, demi allah janganlah berbuat begitu kerana keinginan aku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engaku lebih berkepentingan untuk tinggal dirumah. Jadi, izinkanlah aku yang pergi”. Balas anaknya membuatkan khaitsamah marah. “Kau membangkang dan tidak mentaati perintah aku.” Katanya.

“Allah mewajibkan aku berjihad dan rasulullah memangil aku untuk berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku. Bagaimana engkau rela melihat aku taat kepdamu? Tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah.” Jawab saad tenang.
Maka khaitsamah pun berkata, “wahai anakuku, apabila ada antara kita harus berangkat, maka dahulukan aku untuk berangkat.” Saad menjawab, “Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukan mu”.

Kahitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undia menunjukkan bahawa saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turut berjuang dan mati syahid.

Setelah itu, khaitsamah mahu pergi ke medan perang, tetapi tidak dibenarkan oleh rasulullah. “wahai rasulullah, aku ingin sekali terjun ke perang badar. Lantaran inginya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenanginya ehingga dia dapat mati syahid.

Kelmarin aku bermimpi di dalamnya anakku itu berkata kepadaku,- “Engkau harus menemani kami di syurga dan aku telah menerima janji Allah. Wahai rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga.” Usia kau telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku.” Mendengar kata-kata khaitsamah, akhirnya rasulullah mengizinkan.”. khaitsamah berjuang sehingga syahid.


No comments:

Post a Comment