malam sabtu masa di downtown dah penat shopping raya 1431H sementara menunggu aweks n the geng siap shopping aku berborak la dengan member sorang ni yang baru kenal. dia ade ank umur 8 tahun kena jangkitan kencing tikus virus baru yang bahaya.
Banyak dia cerita pasal anak dia sedih juga dengar. Nampaknya dia kenala beraya di hospital sg buloh tahun ni dalam keadaan sedih anak sakit. hampir kedua belah matanya buta doktor sempat selamatkan satu je mata dia dari jangkitan. satu lagi tidak dapat diselamatkan.ladies gurls lak tu.
dalam sakit anak dia tu dia teringin nak pelok teddy bear dia. so si bapak ni tak kan nak balik perak lak semata2 nak amik teddy bear jadi dia g beli la bg yang baru. suka tak terkata la anak perempuan die ni. dalam suka tu ada cerita sedih.
bila dah dapat teddy bear td anak perempuan dia ni cepat2 cari sailotape. lepas tu dia koyakkan dalam 2inci. ayah dia tengok je sedangkan itu teddy bear baru nak tampal ape kan haran la bapak dia ni.
die koyakkan dan tampal sebelah kiri mata teddy bear tu. pelik kelakuan die kan. ayah die pun tanya kat anak die.
ayah : adik, kenapa di tampal mata teddy bear tu? kesian die.
adik : dia kan kawan adik.
ayah : jadi kenapa di tampal mata dia? kan tak nampak dia. (kehairanan ayah)
adik : adik tampal mate die cebelah sebab adik pun tak de mate. kawan baik mesti same2 susah.
ayah : ayah terdiam dan menangis.
ape sebenarnya yang mahu disampaikan oleh anak die sebenarnya. mungkinkah emosinya terganggu kerana masih kecil. dan tidak seperti kawan lain yang normal dan menjadi rendah diri.
sempat juga ayah ni nasihatkan aku. ade anak ni kalau sakit terus jumpa doktor. virus sekarang tak macam dulu. demam sikit 2 ke 3hari meninggal. mungkin virus mutasi kot dari virus lain. 2 yang kuat 2.
No comments:
Post a Comment