Apa yang harus difikirkan bila dah dapat Green Light daripada umi dan abah(Parents dalam bahasa sepanyol)?. mengenai hasrat untuk berkahwin ni yea. Sememangnya seronok tapi pening juga bila difikirkan mengenai beberapa perkara yang perlu diuruskan ni antara anda dan saya.
Antaranya :-
1) Kewangan - Mula-mula berfikir mengenai kewangan bila dah cukup kukuh baru ada hasrat mahu membina masjid. Bila difikirkan semula, sampai bila kewangan akan cukup kukuh baru ada hasrat nak kahwin kan? badget sekarang mungkin Rm15,000 untuk dua tahun bila sampai masanya nanti kos itu mungkin akan meningkat kepada Rm20,000. dah tak cuku pulak nak kawin masa itu. so amik keputusan kawin masa sekarang barulah kos itu tidak kita kejarkan sangat. ni nasihat seorang ustaz masjid negara kepada saya. besar namaya itu semua tahu masjid negrakan.
2) Kursus kahwin - penting ke tidak? nak tahu penting ke tidak kursus kahwin ni bila kita nak kahwin nanti. terjuja sangat nak kawin minggu depan segala persiapan semua dah lengkap macam- kad kahwin dah hantar, makanan dah tempah, pelamin dah siap, bunga telur dah direbus siap telur pindang lak. last sekali baru teringat nak isi borang nikah masa tu baru kelangkabut. sekali juru nikah mintak sijil kursus kahwin lak. ha! baru tahu pentingnya kursus untuk persediaan kepada alam rumahtangga sebenarnya.
masa tu menangis pun orang tak leh tolong. nah! ingat pergi kursus kahwin dulu bukan mahal pun nak dibandingkan dengan persipan kita kawin tu. RM 80 je untuk sekali dalam seumur hidup siap pakage makan sekali. saya pun dah ada sijil kursus kawin tapi kawin je belum lagi (dah dapat Green Light dari umi abah tau. hehehe) tapi akak saya cakap saya gatal merenyam nak kawin dah. tak kisah la kak long oi... cukup syarat dah ni nak kawin pun..
jom kita tengok kejap syarat kahwin lak:-
1) Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh islam. itu baru definisi perkahwinan.
2)
- Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas kawin) dan mampu memberi nafkah kepada bakal isterinya.ingat dibolehkan kawin dulu baru pergi haji kalau anda orang jenis ini. saya ni dikira wajib ker? hurmm....
- Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
- Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
- Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
- Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin. dalam hal ini sekarangkan dah moden pergilah jalai rawatan kampung ataupun moden. insyallah ada ikhtiar datanglah penyembuhnya. manusia itu dilahirkan berpasangan tau.
sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari golonganku."
(Riwayat Bukhari)
3) nak cari calon pun kena berfikir juga yea... bagaiman nak cari calon. kalau ada ciri dibawah boleh la meneruskan hajat kawan2 semua jangan ditangguhkan apa yang baik ini.
Ciri-ciri bakal suami
- beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
- bertanggungjawab terhadap semua benda
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
- tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
- rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-ciri bakal isteri
- beriman & solehah
- rupa paras yang cantik dan elok
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- menentukan mas kahwin yang rendah
- wanita yang subur
- masih dara
- berasal dari keturunan yang baik
- bukan keturunan terdekat
3) Perancangan teliti - didalam perancangan nak berkahwin ni mesti ada ketelitian sebenarnya. dari Merisik kepada meminang. dah meminang nak hantar rombongan bertunang pula. dah kerja juga tu. kalau orang felda bertunang saja dah satu bas. mak oii ramainya. memang realiti sebenarnya. dah bertunang barulah melangsungkan perkahwinan. semua tu kena ada perancangan.
4) Perancan perkahwinan - sekarang ada lak trend baru bagi bakal raja sehari adalah menggunaka perancang perkahwinan. ini bagi memudahkan dan tak yah nak memeningkan kelapa kita. tunggu jee saat itu tiba. semua dah disediakan oleh mereka. mudahkan. tapi ingat! cari yang profesional dan dah tau ape yang dikehendaki pelanggan. nanti majlis kemana duit kemana. kawin la koboi.
5) tiada duit - insyallah jika ada hasrat dari hati Allah sedia membantu kita. Ada seorang pengarah syarikat ni tanya pada saya kau bila nak kawin?. saya jawap: memang nak kawin sebenarnya tapi duit tidak mencukupi. Pengarah tu cerita melalui pengalaman dia. nak kawin ni mesti ada tarikh dalam hati kita bila nak kawin tu. dah ada insyallah dengan keikhlasan kita allah akan bantu mempermudahkan urusan bagi mencari duit kawin. hurmm.. boleh pakai juga kata-kata semangat pengarah ni kan. mulai hari tu lah saya ada tarikh nak kawin sebenarnya. jadi kawan2 jom letak tarikh kepada hasrat nak kawin tu. mesti ada usaha barulah jadi juga tanpa usaha semua tak jadi. jangan jadi angan-angan mat jenin.
seronok bila baca kisah REZEKI SELEPAS PERKAHWINAN boleh dijadikan pengajaran kepada kita sebenarnya. hebat sebenarnya perkahwinan yang telah dijadikan oleh Allah kepada makhluknya. banyak kisah yang saya sendiri denganr bila bujang je hidup susah. dah kahwin alhamdulillah bertambah rezeki. dah penat menulis jom kita berusaha bagi mencapai hasrat kita tadi adalah KAWIN la...
No comments:
Post a Comment