tiada masalah kewangan jangan klik!

Monday, May 3, 2010

ARAK menjadi MADU


Pada suatu hari Saidina Umar Al-Khattab bersiar-siar dikota madinah. semasa tiba di suatu simpang jalan, dia terserempak dengan seorang pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu cepat-cepat menyembunyikan kendi itu didalam kain yang dipakainya.

Maka timbullah keraguan kepada Saidina Umar Alkhattab dan lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu"? kerana ketakutannya kepada Saidina Umar AlKhattab yang terkenal dengan ketegasanya, pemuda itu jawab dengan tergagap-gagap bahawa benda yang dibawanya itu adalah madu. Walhal kendi yang dibawanya itu adalh khamar(arak). walaupun pemuda itu berbohong kepada Saidina Umar Alkhattab, namun didalam hatinya dia telah berniat untuk berhenti terus dari meminum rak dan ingin bertaubat daripada dosanya itu.

Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Allah supaya saidina Umar AlKhattab isi kendinya itu. Kerana rasa keragun didalam hati Saidina Umar AlKhattab.Dia ingin memeriksa dan melihat sendiri apa yang ada dalam kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah dan ketika itu juga isi kendi itu bertukar kepada madu. Disebabkan keikhlasan hati pemuda itu untuk bertaubat, maka Allah memberinya hidayah sehingga niatnya yang ikhlas itu dapat mengelakkan dirinya itu dikenakan tindakan oleh Saidina Umar AlKhattab. Selepas itu pemuda itu bertaubat.

No comments:

Post a Comment