tiada masalah kewangan jangan klik!

Friday, August 27, 2010

Jutawan Malaysia

1. Robert Kuok Hock Nien, 84, RM 58.110 billion, Kerry/Kuok Group
2. T. Ananda Krishnan, 69, RM 19.625 billion, Usaha Tegas
3. Tan Sri Lee Shin Cheng, 69, RM 14.943 billion, IOI Group
4. Tan Sri Quek Leng Chan, 65, RM 11.098 billion, Hong Leong Group

5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 57, RM 8.550 billion, Albukhary Foundation
6. Tan Sri Teh Hong Piow, 78, RM 8.06 billion, Public Bank
7. Tan Sri Tiong Hiew King, 71, RM 3.87 billion, Rimbunan Hijau
8. Tan Sri Vincent Tan, 56, RM 3.40 billion, Berjaya Group
9. Tan Sri Lim Kok Thay. 56, RM 3.16 billion, Genting Group
10. Tan Sri Azman Hashim, 68, RM 2.87 billion, Arab-Malaysian Corp

11. Datuk Lee Yeow Chor, 42, RM 2.33 billion, IOI Group
12. Lee Yeow Seng, 29, RM 2.29 billion, IOI Group
13. Tan Sri Yeoh Tiong Lay, 78, RM 1.74 billion, YTL Group
14. Ong Beng Seng, 62, RM 1.73 billion, Hotel Properties Ltd
15. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling, 62, RM 1.49 billion, Sunway Group
16. Datuk Yaw Teck Seng, 70, RM 1.39 billion, Samling Group
17. Datuk Seri Lee Oi Hian, 58, RM 1.304 billion, Batu Kawan
18. Datuk Lee Hau Hian, 55, RM 1.301 billion, Batu Kawan
19. Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping, 54, RM 0.99 billion, YTL Group
20. Datuk Mokhzani Tun Mahathir, 46, RM 0.97 billion, Kencana Petroleum
21. Datuk Yeoh Seok Hong, 49, RM 0.883 billion, YTL Group
22. Datuk Yeoh Seok Kian, 51, RM 0.881 billion, YTL Group
23. Datuk Micheal Yeoh Sock Siong, 48, RM 0.87 billion, YTL Group
24. Datuk Mark Yeoh Seok Kah, 43, RM 0.86 billion, YTL Group
25. Tan Sri Hamdan Mohamad, 52, RM 0.85 billion, Ranhill
26. Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, 47, RM 0.83 billion, Gamuda
27. Tan Sri Dr Lim Wee Chai, 50, RM 0.78 billion, Top Glove Corp
28. Tan Sri Kua Sian Kooi, 56, RM 0.75 billion, Kurnia Asia
29. Puan Sri Chong Chook Yew, 85, RM 0.71 billion, Selangor Properties
30. Datuk Tony Tiah Thee Kian, 61, RM 0.67 billion, TA Enterprise
31. Datuk Tan Chin Nam, 82, RM 0.61 billion, Tan & Tan
32. Tan Sri Rozali Ismail, 52, RM 0.59 billion, Puncak Niaga Holding
33. Shaari Ismail, 53, RM 0.57 billion, Puncak Niaga Holding
34. Datuk Seri Panglima Lau Cho Kun, 72, RM 0.533 billion, Gek Poh Holdings
35. Datuk Lin Yun Ling, 52, RM 0.532 billion, Gamuda
36. Datuk Seri Liew Kee Sin, 49, RM 0.52 billion, SP Setia
37. Ong Leong Huat, 64, RM 0.50 billion, OSK Holdings
38. Datuk Abdul Hamed Sepawi, 57, RM 0.49 billion, Naim Cendera Holdings
39. Datuk Tony Fernandes, 43, RM 0.47 billion, AirAsia
40. Kwan Ngen Chung, 48, RM 0.40 billion, Kwantas Corp



Seronok dan rasa berbangga bila tengok kat list ni ada terselit nama orang melayu yang menjadi jutawan walaupun tidak banyak. sekurang-kurangnya ada juga daripada tidak. ini bermakna orang melayu boleh maju dan saya yakin ramai orang melayu menjadi jutawan senyap. tidak mustahil saya sendiri akan menjadi seperti mereka buka. doa-doakan lah saya semoga berjaya macam diorang ni kan. nanti akan bertambah la lagi sorang jutawan melayu. saya juga boleh menolong ramai orang melayu yang lain.


kata presiden indonesia dahulu "gantung cita-cita kamu dibintang, kerana kalau jatuh ia akan jatuh di bulan masih lagi tinggi. kalau kamu gantung cita-cita di katil kalau jatuh ke tanah jua". ingat! gantung dengan usaha sekali tau.


semoga razi menjadi kaya dan berbudi bahasa serta beriman. amin.



Monday, August 23, 2010

awek melayu seks

notty... notty... notty.... maaf tajuk sangat seksi.. tapi pengisian tidak la seksi mane pun dan tiada kaitan tentang seks atau "awek melayu seks" pun. cuma nak ingatkan orang melayu je jangan salah guna internet ni dengan mencari apa yang tidak sepatutnya dicari. nah.. mesti korang terseksakan dengan entri ni.

Firman Allah :-

bagi maksud je lah senang korang nak faham:- dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam) dan menyuruh membuat segala perkara yang baik, serta melarang dari segala perkara yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya.

surah ali imran : ayat 104

dah, bukan nak tunjuk baik pun tapi nak memenuhkan rangking dengan menggunakan keyword ni je. at list nanti generasi anak, cucu cicit aku nanti tahu nak balik kepangkal jalan kalau diorang baca karya aku ni. insyallah.

dakwah itu pelbagai cara sebenarnya. sekarang ni kalau dakwah pakai kopiah putih siap pakage dengan serban lilit lagi. plus lak dengan gamis (jubah putih) huh! aku rasa dari jauh lagi orang dah lari tak mau dekat. ingat lagi orang tabligh datang kat simpang rumah baru dah kita lari. ada ke patut tak baik sungguh.




so sekarang aku tukar cara pendekatan lebih moden dalam era siber ni. terpulang la korang nak terima atau tidak. tajuk je ada sikit berbunyi seks tapi entri tetap sama.

last aku nak tinggalkan hadis Rasulullah s.a.w bermaskud :-

daripad abu sa'ed al khudry r.a katanya ; aku mendengar rasulullah s.a.w bersabda, "barangsiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubahnyadengan tanganya, jika tidak mampu maka dengan lidahnya, dan jika tidak mampu maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman".

renung-renungkan dan selamat beramal.

Firman Allah :-

maksudnya: ‘dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya

Surah ali-imran ; 104



Firman Allah :-

maksudnya: ‘dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya

Surah ali-imran ; 104


Rezeki selepas perkahwinan

Pada suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan. Rasulullah SAW lantas menyarankan agar lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah SAW. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.
.
Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah SAW dan mengadukan nasibnya. Katanya: "Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih lagi miskin, bagaimana ya Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah SAW singkat. Si lelaki tidak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah SAW. Sebab tidak mungkin Rasulullah SAW mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain.
.
Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah SAW dan mengadukan masalahnya: "Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah...?" keluh lelaki itu. "Kahwin lagi," jawab Rasulullah SAW singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin.
.
Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah SAW dan menyampaikan masalahnya. Katanya: "Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?". "Berkahwinlah lagi," kata Rasulullah SAW. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah SAW. Ternyata isteri keempatnya ini membawa berkahwin di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya.
.
Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaannya maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangganya itu serta isteri-isterinya. Sabda Rasulullah SAW: "Carilah rezeki dengan menikah". (Riwayat Ibnu Abbas)

Bila dah dapat Green Light untuk berkahwin

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi)

Apa yang harus difikirkan bila dah dapat Green Light daripada umi dan abah(Parents dalam bahasa sepanyol)?. mengenai hasrat untuk berkahwin ni yea. Sememangnya seronok tapi pening juga bila difikirkan mengenai beberapa perkara yang perlu diuruskan ni antara anda dan saya.



Antaranya :-

1) Kewangan - Mula-mula berfikir mengenai kewangan bila dah cukup kukuh baru ada hasrat mahu membina masjid. Bila difikirkan semula, sampai bila kewangan akan cukup kukuh baru ada hasrat nak kahwin kan? badget sekarang mungkin Rm15,000 untuk dua tahun bila sampai masanya nanti kos itu mungkin akan meningkat kepada Rm20,000. dah tak cuku pulak nak kawin masa itu. so amik keputusan kawin masa sekarang barulah kos itu tidak kita kejarkan sangat. ni nasihat seorang ustaz masjid negara kepada saya. besar namaya itu semua tahu masjid negrakan.

2) Kursus kahwin - penting ke tidak? nak tahu penting ke tidak kursus kahwin ni bila kita nak kahwin nanti. terjuja sangat nak kawin minggu depan segala persiapan semua dah lengkap macam- kad kahwin dah hantar, makanan dah tempah, pelamin dah siap, bunga telur dah direbus siap telur pindang lak. last sekali baru teringat nak isi borang nikah masa tu baru kelangkabut. sekali juru nikah mintak sijil kursus kahwin lak. ha! baru tahu pentingnya kursus untuk persediaan kepada alam rumahtangga sebenarnya.

masa tu menangis pun orang tak leh tolong. nah! ingat pergi kursus kahwin dulu bukan mahal pun nak dibandingkan dengan persipan kita kawin tu. RM 80 je untuk sekali dalam seumur hidup siap pakage makan sekali. saya pun dah ada sijil kursus kawin tapi kawin je belum lagi (dah dapat Green Light dari umi abah tau. hehehe) tapi akak saya cakap saya gatal merenyam nak kawin dah. tak kisah la kak long oi... cukup syarat dah ni nak kawin pun..

jom kita tengok kejap syarat kahwin lak:-

1) Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh islam. itu baru definisi perkahwinan.

2)

  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas kawin) dan mampu memberi nafkah kepada bakal isterinya.ingat dibolehkan kawin dulu baru pergi haji kalau anda orang jenis ini. saya ni dikira wajib ker? hurmm....
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin. dalam hal ini sekarangkan dah moden pergilah jalai rawatan kampung ataupun moden. insyallah ada ikhtiar datanglah penyembuhnya. manusia itu dilahirkan berpasangan tau.
Rasulullah SAW sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu
sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari golonganku."
(Riwayat Bukhari)

3) nak cari calon pun kena berfikir juga yea... bagaiman nak cari calon. kalau ada ciri dibawah boleh la meneruskan hajat kawan2 semua jangan ditangguhkan apa yang baik ini.

Ciri-ciri bakal suami

  • beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
  • bertanggungjawab terhadap semua benda
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
  • tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
  • rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri

  • beriman & solehah
  • rupa paras yang cantik dan elok
  • memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
  • menentukan mas kahwin yang rendah
  • wanita yang subur
  • masih dara
  • berasal dari keturunan yang baik
  • bukan keturunan terdekat
sudah tengok syarat kawin tadi kan. apa lagi mahu difikirkan lagi. laksanakan apa yang terpendam didalam hati anda. jangan tunggu lagi kawan (cakap pandai la tu dia bila lagi).tunggu......

3) Perancangan teliti - didalam perancangan nak berkahwin ni mesti ada ketelitian sebenarnya. dari Merisik kepada meminang. dah meminang nak hantar rombongan bertunang pula. dah kerja juga tu. kalau orang felda bertunang saja dah satu bas. mak oii ramainya. memang realiti sebenarnya. dah bertunang barulah melangsungkan perkahwinan. semua tu kena ada perancangan.


4) Perancan perkahwinan - sekarang ada lak trend baru bagi bakal raja sehari adalah menggunaka perancang perkahwinan. ini bagi memudahkan dan tak yah nak memeningkan kelapa kita. tunggu jee saat itu tiba. semua dah disediakan oleh mereka. mudahkan. tapi ingat! cari yang profesional dan dah tau ape yang dikehendaki pelanggan. nanti majlis kemana duit kemana. kawin la koboi.


5) tiada duit - insyallah jika ada hasrat dari hati Allah sedia membantu kita. Ada seorang pengarah syarikat ni tanya pada saya kau bila nak kawin?. saya jawap: memang nak kawin sebenarnya tapi duit tidak mencukupi. Pengarah tu cerita melalui pengalaman dia. nak kawin ni mesti ada tarikh dalam hati kita bila nak kawin tu. dah ada insyallah dengan keikhlasan kita allah akan bantu mempermudahkan urusan bagi mencari duit kawin. hurmm.. boleh pakai juga kata-kata semangat pengarah ni kan. mulai hari tu lah saya ada tarikh nak kawin sebenarnya. jadi kawan2 jom letak tarikh kepada hasrat nak kawin tu. mesti ada usaha barulah jadi juga tanpa usaha semua tak jadi. jangan jadi angan-angan mat jenin.

seronok bila baca kisah REZEKI SELEPAS PERKAHWINAN boleh dijadikan pengajaran kepada kita sebenarnya. hebat sebenarnya perkahwinan yang telah dijadikan oleh Allah kepada makhluknya. banyak kisah yang saya sendiri denganr bila bujang je hidup susah. dah kahwin alhamdulillah bertambah rezeki. dah penat menulis jom kita berusaha bagi mencapai hasrat kita tadi adalah KAWIN la...

Sunday, August 22, 2010

Kelu lidah Paderi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Salah satu bacaan yg terbaik dan disyorkan utk membacanya bg sesiapa yg x pernah lg membacanya. Moga ia menjadi teladan kepada kita semua, insyaAllah....


لاٳله ٳلا أنت سبحانك ٳني كنت من الظالمين


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain
belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia
berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan
harapa semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung
tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia
keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu
bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan
lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat
kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku
harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari
tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap
tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku
minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah
pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu
bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang
terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan
kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya
untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda
Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda
harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya,
"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang
tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima
yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu
yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang
tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang
dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta
namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun
Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa
ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan
kepada Allah.

Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,
"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.
Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas
(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik,
katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.
berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu
memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu
Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara
Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan
terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan
ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.
berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab
dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum
wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan
niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan
ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

Wallahualam..

Monday, August 16, 2010

tujuh wasiat raja-raja melayu


  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuaan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan ;
  6. Kami tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak n ).

Menurut baginda, wasiat sembilan Raja Melayu terdiri dari empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Thursday, August 12, 2010

cintanya suami kepada isteri

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih.lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abangsupaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagianya Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. Cubalah kita ambil ikhtibar dari cerita ini.. :



Oh isteri




Jika isteri menangis dihadapanmu.... "hargai lah ia sblm terlewat..."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya

jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ... Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.

Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini ? " Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. . PELUKAN & CIUMAN'nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .


Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal... Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia"... Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA... Dan sangat berHARGA

Monday, August 2, 2010

Tapak Warisan Dunia UNESCO







Gua Mulu Utara Sarawak telah di iktiraf sebagai tapak Warisan UNESCO di sebabkan kreteria berikut:-

Kriteria (vii), (viii), (ix) dan (x): Konsentrasi gua-gua di Mulu's Melinau Formasi dengan karakteristik geomorfik dan struktur merupakan ciri-ciri luar biasa yang membolehkan pemahaman yang lebih besar sejarah bumi. Gua-gua Mulu penting untuk ciri klasik mereka geomorfologi bawah tanah, menunjukkan sebuah sejarah evolusi lebih daripada 1.5 juta tahun.

Salah satu contoh terbaik di dunia dari proses kejatuhan di daerah karst juga boleh dijumpai. GMNP memberikan kesempatan sains yang beredar untuk mempelajari teori tentang asal-usul fauna gua. Dengan lembah yang sangat-gores, sungai-sungai liar, pergunungan yang tertutup hutan tropika, puncak spektakuler bahagian gua kapur, dan dekorasi, Mulu mempunyai nilai pemandangan yang luar biasa.


GMNP juga menyediakan habitat alami yang signifikan bagi keanekaragaman tumbuhan dan haiwan baik di atas dan di bawah tanah. Hal ini botanikal-kaya spesies dan endemisitas quality, termasuk salah satu tempat terkaya di dunia untuk jenis palem.

ramadhan di nanti

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat di nantikan oleh umat islam yang beriman kerana ianya mempunyai banyak kelebihan di dalamnya. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat serta melatih diri kepada Allah sepanjang Ramadhan.

Kita lihat sedikit kelebihan yang ada pada bulan sya’ban bagi melatih diri memasuki ramadhan ini. Terdapat suatu amalan yang dapat dilakukan di bulan ini iaitu amalan puasa. Bahkan Rasulullah sendiri banyak berpuasa ketika bulan Sya'ban berbanding bulan-bulan lain selain puasa wajib di bulan Ramadhan.

Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban. Diriwayatkan oleh imam Bukhari. Ada persoalan disini mengatakan, Kenapa Rasulullah tidak berpuasa penuh pada bulan Sya'ban? Rasulullah tidak menyempurnakan berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan agar tidak disangka puasa selain Ramadhan adalah wajib maka itulah jawapannya.

Di antara rahsia kenapa Rasulullah banyak berpuasa di bulan Sya'ban adalah kerana puasa Sya'ban adalah ibarat ibadah rawatib (ibadah sunnah yang mengiringi ibadah wajib). Sebagaimana solat rawatib adalah solat yang memiliki keutamaan kerana dia mengiringi solat wajib, sebelum atau sesudahnya, demikianlah puasa Sya'ban. Ini kerana puasa di bulan Sya'ban sangat dekat dengan puasa Ramadhan, maka puasa tersebut memiliki keutamaan. Dan puasa ini boleh menyempurnakan puasa wajib di bulan Ramadhan ini kerana di atas latihannya. Puasa di bulan Sya'ban adalah sebagai latihan atau pemanasan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Jika seseorang sudah terbiasa berpuasa sebelum puasa Ramadhan, tentu dia akan lebih kuat dan lebih bersemangat untuk melakukan puasa wajib di bulan Ramadhan.






Selain daripada berpuasa juga digalakan kita melakukan amalan-amalan sunat yang lain seperti Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha. Memperbanyak zikir dan berdoa kepada Allah. Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Maka rebutlah peluang untuk beribadah dengan kelebihan yang diberikan ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah seperti banyakkan solat sunat diwaktu malam, bersedekah, dan berselawat kepada Rasulullah.

Puasa bulan Ramadhan adalah rukun islam yang perlu kita laksanakan. Banyak kelebihan yang Allah turunkan pada bulan ini jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain. Dikatakan bahawa, bila tiba sahaja bulan Ramadhan jin dan syaitan yang derhaka akan diikat, pintu neraka akan di tutup dan pintu syurga akan dibuka seluasnya untuk menerima amalan-amalan baik yang di lakukan oleh orang beriman. Begitu hebatnya bulan ramadhan ini yang boleh kita gambarkan.

Antara keistemewaan puasa adalah Allah mengandakan pahala orang yang berpuasa melebihi amalan lain. Bagi orang berpuasa mereka akan mendapat dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika menikmati juadah berbuka dan kegembiraan ketika menemui Allah. Dikatakan mulut orang yang berpuasa lebih wangi dari bau kasturi. Ganjaran yang diberikan di akhirat tentunya lebih besar dari di dunia.

Puas bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum sahaja. Perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah juga perlulah di hindar dari melakukanya agar tidak mencacatkan pahala puasa kita. Rugilah kita jika seharian berpuasa tidak mendapat keberkatan dari Allah hanyalah penat dan dahaga sahaja.


Memelihara lidah dari berbicara perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah serta menyinggung hati orang lain. Ada pepatah mengatakan bahawa lidah itu umpama pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu..Lebih banyakkan berdiam diri atau memperbanyakkan zikir dan membaca Al-Quran itu yang sangat di tuntut oleh syariat. Allah berfirman dalam surah Al-hujurat ayat 12 Maksudnya : Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain, adakah antara kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati?, nescaya kamu tidak menyukainya..

Berbuka dengan tidak berlebihan sehingga perut penuh. Ini kerana Allah tidak menyukai dan membenci bekas yang penuh iaitu perut yang penuh. Dia tidak mampu mematahkan nafsunya ketika berbuka malah seolah-olah membalas semula apa yang terlepas ketika berpuasa di siang hari. Rasulullah menganjurkan kita supaya berbuka dengan kurma. Dari Anas bin Malik berkata: “Rasulullah SAW biasa berbuka dengan ruthab (kurma muda) sebelum solat, jika tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan kurma, jika tidak ada kurma, beliau minum dengan satu tegukan air.” Oleh itu semasa berbuka, eloklah memakan makanan yang mudah di hadam,mengandungi banyak serat dalam kadar yang sederhana. Malah sewaktu bulan puasa inilah peluang kita untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan harian daripada berlakunya permbaziran. Bersederhanalah ketika berbuka puasa ataupun bersahur. Janganlah di ikutkan selera nafsu sahaja ketika berkunjung ke bazaar Ramadhan.







Seorang yang berpuasa hendaklah seorang muslim tidak sah puasa orang kafir kerana puasa adalah ibadah dan orang kafir bukan ahli ibadah. Selain itu, baligh, berakal, berkeupayaan dan bersih dari haid dan nifas adalah juga rukun kepada puasa. Puasa tidak wajib kepada kanak-kanak kerana tidak baligh akan tetapi digalakan kepadanya berpuasa bagi melatih diri mereka. Tiada paksaan kepada mereka bagi mengelakan kemudaratan ke atas dirinya.

Islam juga memberi kelonggaran kepada umatnya yang bermusafir jauh berbuka puasanya ditakuti di timpa mudarat. Sekiranya tidak memudaratkan lebih baik diteruskan berpuasa supaya tidak perlu menggantikanya kelak ini kerana menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada bulan ramadhan adalah wajib. Kelonggaran juga diberikan kepada orang sakit dan ibu mengandung bagi menjaga kandunganya. Inilah keindahan islam itu sendiri mempermudahkan umatnya mengamalkan ajarannya.

Ramadhan mempunyai kelebihan di sepuluh malam terakhirnya iaitu Lailatul Qadar yang tidak diketahui bilakah malam tersebut. Rasulullah sendiri memperbanyakkan amalam ibadah pada sepuluh malam terakhir bagi mendapatkan berkat dan merebut keistemewaan malam tersebut dengan menghidupkan malam dengan ibadah bersama dengan keluarganya. Firman Allah dalam surah Al-Qadar ayat 3 bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan”. Pada malam tersebut para malaikat akan turun bersama-sama rahmat Allah bagi memuliakanya. Bagi umat islam yang menghidupkan malam itu dengan rasa keimanan maka Allah akan mengampukan dosa hambanya itu. Oleh itu,penulis mengajak semua umat islam memanfaatkan sepuluh malam terakhir yang penuh dengan berkat ini dengan amalan zikir dan ibadah lain serta berdoa kepadanya.

Di dalam bulan Ramadhan ini juga ada satu tanggungjawab yang wajib kita laksanakan bagi melengkapkan puasa kita iaitu membayar zakat fitrah. Membayar zakat juga adalah salah satu rukun islam yang perlu dilaksanakan sebagai umat islam. Zakat fitrah boleh di bayar bermula dari awal Ramadhan sunat hukumnya membayar selepas fajar Hari Raya Pertama hingga waktu solat Hari Raya. Ianya tidak dikira sebagai zakat fitrah sebaliknya hanyalah sedekah sekiranya dibayar selepas solat Hari Raya dan hukumnya makruh. Jatuhnya hukum haram pula sekiranya dibayar zakat itu selepas berakhirnya Hari Raya Pertama. Amatlah rugi jika kita tidak mengawalkan membayar zakat kerana ditakuti terlupa untuk membayarnya.





Setiap ibadah sudah tentu mempunyai cabaran dan halangan. Ini kerana terdapatnya ganggu gugat daripada syaitan dan lain-lain supaya ibadah tersebut batal atau tidak diberi pahala di sisi Allah s.w.t . Justeru janganlah jadikan ibadah anda menjadi sia‐sia dan perlu tahu matlamat sesuatu ibadah itu di wajibkan dan hikmahnya. Dengan itu barulah kita mengalu-alukan kedatangan Bulan Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan bersemangat bagi melaksanakannya. Dari sudut kesihatan juga mempunyai banyak kelebihan jika kita berpuasa.


Dari sudut kesihatan puasa boleh menurunkan berat badan atau obses dengan cara sihat. Mengawal kandungan gula dengan lebih baik dan merehatkan seketika perut dari penghadaman. Ianya juga boleh mendisiplinkan diri supaya berhenti merokok. Di siang harinya perokok meninggalkan rokok kerana berpuasa manakala malam pula sibukkan diri dengan amalan ibadah solat tarawih.

Hikmah dan Kelebihan puasa ialah:
i. Menyedarkan kita bahawa setiap pergerakan kita di perhatikan oleh Allah untuk di timbang ketika hari kiamat kelak
ii. Puasa memberi Kesegar kepada fizikal dan mental seseorang
iii. Puasa merehatkan seketika perut dari penghadaman makanan dan toksik
iv. Kekenyangan yang berlebihan mendidik menjadi malas bekerja dan jiwa akan menjadi keras.
v. Menyuburkan perasaan kasih sayang dan menanam sifat perihatin dalam diri terhadap orang yang susah.
Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. Ganjaran yang menunggu kepada orang berpuasa tentunya lebih besar di akhirat.
Sabda Rasulullah:
Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)