tiada masalah kewangan jangan klik!

Thursday, July 1, 2010

Doa ketika masuk masjid



Maksudnya:

"Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dan dengan wajahNya Yang Mulia dan kekuasaanNya yang kekal dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah dan selawat serta salam ke atas Rasulullah. Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmatMu".

Doa pergi ke masjid



Maksudnya:

"Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lidahku (percakapanku) cahaya, pada pendengaranku cahaya, pada penglihatanku cahaya, dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya, dari kananku cahaya, dari hadapanku cahaya dan dari belakangku cahaya, Jadikanlah dalam diriku cahaya, besarkanlah cahaya bagiku dan agungkanlah cahaya bagiku. Jadikanlah bagiku cahaya serta jadikanlah diriku cahaya. Ya Allah, berikanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah dalam urat sarafku cahaya, dalam dagingku cahaya, dalam darahku cahaya, pada rambutku cahaya dan pada kulitku cahaya".

Doa ketika memasuki rumah



Maksudnya:

"Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami bertawakkal.

Doa ketika keluar rumah



Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".




Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".

Doa ketika keluar tandas



Maksudnya:

"Aku memohon keampunan daripadaMu".

Doa ketika masuk tandas



Maksudnya:

"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".

Doa apabila melihat orang memakai pakaian baru


Maksudnya:

"Sekiranya rosak, semoga Allah menggantikannya".



Maksudnya:

"Pakailah pakaian baru baru dan hiduplah dalam keadaan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid".

Doa ketika memakai pakaian



Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".

Doa ketika bangun dari tidur



Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.




Maksudnya:

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.

yup! aku bukan ustaz

HIKMAH PERKAHWINAN

Perkahwinan adalah satu fitrah semulajadi manusia islam menggalakan perkahwinan kerana perkahwinan adalah sunnah. Hal ini telah ditunjukkan dan Rasullah SAW dalam kehidupannya dimana baginda sendiri telah berkahwin dan menjalani kehidupan berumahtangga.

Perkahwinan dalam islam mempunyai banyak hikmah yang perlu difikirkan kerana hikmah-hikmah perkahwinan inilah sebenarnya yang tidak difahami ataupun pasangan suami isteri hari ini tedak mahu memahami hikmah-hikmah ini.

Diantaranya ialah bagi menghalalkan pergaulan lelaki dan wanita mengikut panduan agama. Hiikmah inilah yang selalu tidak difahami bahawa pergaulan dan hubungan seks hanya boleh terjadi selepas perkahwinan yang sah. Perzinaan dan pergaulan bebas sehingga membawa kepada kehamilan diluar pernikahan adalah perkara yang amat terlarang dalam islam. Disebabkan kehendak hawa nafsu dan dorongan iblis maka ramai yang terjebak dalam kancah maksiat ini sebelum bernikah. Maka sudah tentulah islam mempunyai hikmah kebaikan yang amat besar apabila melarang perhubungan sebelum pernikahan dan sudah tentu pula ada kemudaratan besar apabila larangan ini dilanggar.

Perkahwinan yang sah adalah untuk melahirkan keturunan yang sah dan mengelakkan daripada melahirkan keturunan yang rosak disebabkan kelahiran tanpa pernikahan yang sah. Hikmah inilah juga yang tidak dapat dilihat dengan jelas oleh keluarga generasi hari ini. Akibatnya kelahiran tanpa pernikahan yang sah akan melahirkan anak-anak yag tidak sanggup dibela dan dijaga serta dikasihi oleh si perempuan dan lelaki yang sepatutnya menjadi ayah dan ibu.

Akhirnya si anak yang tidak berdosa dibuang merata-rata didalam longkang, digantung dipagar masjid dan surau dan lain-lain. Kalau dalam perkahwinan yang sah, kelahiran si anak cukup dinanti-nantikan. Tetapi dalam kes kelahiran diluar pernikahan inilah maka terjadinya kes pembuangan bayi kerana si ibu tidak mahu menanggung malu mempunyai anak tanpa bapa dan si lelaki sudah tentulah tidak mahu bertanggungjawab. Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita menyayat hati pembuangan bayi ini. Apakah pasangan-pasangan muda hari ini tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. Apakah masih lagi mahu melakukan maksiat dan sanggup terus melakukan hubungan terlarang.

Kadangkala penulis merasakan bahawa sesetengah manusia itu cukup susah hendak berubah dan insaf. Ada yang hanya dengan membaca berita-berita dan mendengar cerita-cerita sahaja sudah boleh insaf, ada yang dengan melihat gambar-gambar bayi-bayi yang dibuang itu maka datanglah keinsafan. Barangkali ada yang lebih daripada itu hanya apabila sudah hamil barulah hendak insaf ataupun apabila sudah dibuang bayi barulah datang keinsafan.


Satu lagi hikmah perkahwinan adalah bagi membentuk keluarga yang bahagia dan mendatangkan sikap bertanggungjawab antara suami dan isteri. Kebahagiaan rumahtangga hanya akan datang apabila suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna. Hikmah inilah yang tidak muncul-muncul terutamanya kepada pasangan-pasangan generasi muda yang berkahwin hari ini dengan melihat bilangan kes-kes penceraian melibatkan orang muda yang saban tahun meningkat.

Adakalanya perkahwinan dijadikan sebab untuk mendidik lelaki dengan perempuan supaya menjadi lebih bertanggungjawab dalam hidup. Penulis merasakan satu kesilapan iaitu perubahan untuk menjadi bertanggungjawab hanya lepas kahwin, bila nak solat?, lepas kahwin, bila nak mula taubat?, lepas kahwin. Akhirnya, perkahwinan tidak juga menjadi sebab memang yang berkahwin itu tidak bertanggungjawab. Jadi bagaimana perkahwinan akan Berjaya?. Sepatutnya perkahwinan dilangsungkan oleh orang yang memang bertanggungjawab. Janganlah mengharap perubahan akan berlaku selepas berkahwin kalau pasangan yang hendak berkahwin tidak boleh diharap. Selamat pengantin baru.