tiada masalah kewangan jangan klik!
Thursday, August 27, 2009
Hilangkan Bau Badan
ambil secawan air yang dicampurkan dengan bunga cengkih. kacau sebati dan amalkan meminumnya tiga kali sehari. Cara ini juga membantu mengatasi keputian pada wanita.
petua terbaik adalah...
mandi 3 kali sehari jagan tak mandi atau mandi macam kambing
kurangkan BUNCIT

Tanpa modal yang besar, anda Cuma perlu amalkan memakan sebiji buah tomato yang bersaiz sederhana dan tidak begitu masak pada setiap hari
Yang ni petua yang paling mujarab tau….
Dan cara yang terbaik untuk kurus ialah dengan bersenamla dan mengeluarkan peluh disamping cara-cara lain lah. Serta kawal makan. Kawal makan bukan bermakna tak makan. Apa yang dimaksudkan ialah makan mengikut masa dan dengan kuantiti yang munasabah.
Yang penting!! jangan makan "nasi" selepas jam 7 mlm. Sebab lepas tu kita tak aktif. Nasi kan tinggi kandungan karbohidratnya. Nk lebih lg diet ni kena kuat semangat nak buat Makan nasi satu per empat (1/4) daripada apa yang selalunya kita makan selama ni. Insyallah dapt membantu anda.
Kurangkan makanan berkolestrol. Jauhi Fast food dan ais. Banyakkan makan buah dan sayur. Dan yang penting.. disiplin.
Pokok Yahudi.
Pokok Yahudi
Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'Wahai Muslim, wahai Hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali pokok gharqad (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".
Bapa Pemodenan Malaysia

Dalam pejabat
16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003
Timbalan Presiden: Musa Hitam (1981 - 1986)
Ghafar Baba (1986 - 1993)
Anwar Ibrahim (1993 - 1998)
Abdullah Ahmad Badawi (1998 - 2003)
Didahului: oleh Hussein Onn
Digantikan oleh: Abdullah Ahmad Badawi
Dalam pejabat
15 September 1978 – 16 Julai 1981
Didahului: oleh Hussein Onn
Digantikan oleh: Musa Hitam
Lahir: 20 Disember 1925 (umur 83)
Tempat Lahir: Alor Star, Kedah Darul Aman
Pasangan: Dr. Siti Hasmah
Pekerjaan: Doktor
Agama: Islam
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi.
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.
Kontroversi
Pemecatan Anwar Ibrahim Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar sebenarnya korupsi dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu yang sama. Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di Malaysia.
Keluar UMNO Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO. Beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Dr Mahathir mendakwa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya (menantunya Khairy adalah Naib Ketua Pemuda UMNO) sehingga membelakangkan negara. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah. Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Dr Mahathir dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO. Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu. Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr.Mahathir bersama-sama isterinya,Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan. Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut. Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun.
Bapa Perpaduan

Jawatan: Perdana Menteri ke-3
Tempoh: perkhidmatan 15 Januari 1976 - 16 Julai 1981
Timbalan: Dr. Mahathir Mohamad (1976 - 1981)
Menurut: Tun Abdul Razak
Menggantikan: Dr. Mahathir Mohamad
Parti politik: UMNO
Tarikh lahir: 12 Februari 1922
Tempat lahir: Johor Bahru, Johor
Tarikh kematian: 29 Mei 1990
Tempat kematian: San Francisco Selatan, Amerika Syarikat
Pekerjaan: Peguam
Agama: Islam
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
Hussein Onn menjalani pintasan koronari pada awal 1981. Pada 17 Julai dalam tahun itu, beliau bersara daripada politik aktif dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri atas sebab-sebab kesihatan. Jawatan Perdana Menteri diambil alih oleh timbalannya, Mahathir bin Mohamad. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.
Bapa Pembangunan

Jawatan Perdana :Menteri Malaysia ke-2
Tempoh perkhidmatan: 22 September 1970 - 14 Januari 1976
Timbalan: Ismail Abdul Rahman (1970 - 1973)
Tun Hussein Onn (1973 - 1976)
Menurut :Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Menggantikan: Tun Hussein Onn
Parti politik: UMNO
Tarikh lahir: 11 Mac 1922
Tempat lahir: Pekan, Pahang
Tarikh kematian: 14 Januari 1976
Tempat kematian: London, England
Pekerjaan: Peguam
Agama: Islam
Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".
Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. NEP menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya:
- menghapuskan kemiskinan; dan
- menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum.
Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.
Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukemia, Abdul Razak meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London, dan disemadikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.
Bapa Kemerdekaan

Pilihanraya Umum Pertama Malaysia

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.
Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
Wednesday, August 26, 2009
Soya risiko penyakit jantung!!!

Soya turunkan risiko penyakit jantung!!!
Betol ker nie???
Soya penting kepada orang yang mahu berdiet dan bagus untuk pemakanan seharian mereka. Ia merupakan sumber lengkap kerana mengandungi :-
karbohidrat
lemak
protein
vitamin
dan mineral = kalsium + asid folat + kalium + zat besi didalamnya
25 gram kacang soya setiap hari boleh menurunkan risiko penyakit jantung yang diakui sendiri The Food and Drug Administrator (FDA) dalam kajian yang dilakukan pada tahun 1990. Kajian terbaru menunjukan kacang soya ini berfungsi untuk menurunkan risiko kanser prostat, kanser kolon, kanser payudara, serta masalah osteoporoses dan masalah tulang lain. Selain itu, ia juga dikatakan efektif meredakan gejala panas (hot flashes) akibat monopaus.
Kesimpulanya, sudi sudilah minum air soya ianya baik untuk tubuh badan kita.
Persoalan MITOS
Persoalanya ada orang mengatakan susu soya juga boleh meningkatkan hormon seks wanita dan mengurangkan benih dari laki-laki… betol ker?
Ada jawapan sila berkongsi dengan kami.
Monday, August 24, 2009
kenapa kentut tak bau
Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.
Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.
"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.
"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.